Nuffnang BH

Oct 15, 2012

Ahmad Muhammad..nama kamu


1. As Salam, dari mana patut mula. Kesedihan melanda keluarga kami. Kehilangan ahli keluarga memang memeritkan. Walaupun dia belum lahir ke dunia, tapi kehadiran dia dapat kami sekeluarga rasai. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki, kesempatan Allah beri untuk kakak ku. Allah lebih mengetahui kenapa sekejap sahaja Allah pinjamkan Ahmad Muhammad. Cantik kan nama Ahmad Muhammad. Nama Rasul kita. 

2. Dilahirkan pada hari jumaat, tengahari. Ahmad disahkan meninggal dalam perut umi dia pada hari khamis sebelumnya. Menurut pakar pada usianya 7 bulan perkembangan Ahmad sudah perlahan. Masa check up bulanan memang tak ada yang merisaukan. Tiada sebab untuk akak risau. Dan masa check up bulan ke 8, semuanya berubah. Dalam masa sebulan semuanya berubah. Allahuakbar.
3. Bermula bila akak di induce pagi jumaat dan tengahari dia dah mula rasa sakit nak bersalin. Alhamdulillah semuanya mudah walau Ahmad dah tak bernyawa. Proses bersalin tu sekejap. Syukur akak Selamat.

4. Ramai yang bertanya macamana boleh berlaku? Akak jatuh? Akak tertekan? Aku tiada jawapan. Akak ok semasa mengandungkan Ahmad. Cuma stress sedikit sebab suami jauh. Kakak di Pahang dan suami di Johor. Mungkin sebab itu. Tapi..macam aku cakap Allah izinkan sekejap je. Bersama akak.

5. Dan di rumah ada adik yang masih dalam tempoh berpantang. Anak perempuan. Bayangkan perasaan kakak melihat anak adik aku. mesti dia terkenangkan Ahmad Muhammad.

6. Kakak masih dirumah. Kadang-kadang dia mengeluh kecil rindukan Ahmad. Kadang-kadang nampak mata dia berair. Dia kuat kerana tak nak mak risau. Aku doakan dia kuat. Cepatlah masa berlalu. Biar akak aku kuat. Cepat sihat.