Nuffnang BH

Sep 3, 2012

gaduh adik beradik



As salam

Selalu bercakaran dengan adik beradik tak? Bagi aku yang ada adik beradik seramai 10 orang ni memang tak lepas la nak bergaduh, terasa ati, dendam kesumat dan macam2 lagi. hal perasaan and perangai tak leh nak cakap la. Ada 10 perangai yang berbeza. Yang baik, yang buruk. Semua ada. Campur. So macamana nak terlepas dari sakitkan hati sesame sendiri? aku tak da jawapan. Dan kadang2 bila aku fikir balik macamana kami lepas semua peringkat sakit hati tu aku jadi macam sedikit kagum. Ok wow.

Erm benda sakit hati ni memang tak akan habis sampai ke mati. Untung la seseorang yang boleh jaga hati orang di sekeliling. Macam islam tekankan jaga lidah, sbb lidah lebih tajam dari pedang. Sekali terlajak kata buruk padahnya.

Ditambah dengan hasutan syaitan yang tak henti-henti kalau tak kuat agama mungkin dah berbunuhan dah. See i told you, kerana mulut badan binasa. Bagi aku yang bermulut lepas dan suka berlawak kasar tahap gaban tapi berhati sensitive ni aku akan cari adik beradik yang aku leh gi. Maksud leh gi adalah boleh berbicara dengan wajar and amat jarang aku nak terasa.

Biasa aku buat bila aku sakit hati ialah aku akan balas balik pe orang cakap kat aku. pastu duk kat tempat tak de orang, kalau kat kampung aku suka buat muka pastu gi cakap dengan itik dalam reban. Hahhahahaha. Pastu aku mogok dalam setengah jam. Dan pastu aku malas nak layan dah. Borak dengan mak lagi best.

Tapi tula, since umur dah menginjak aku akui terasa tu kurang dah, Cuma lebih kepada nak fahami adik-adik yang baru nak menapak dewasa ni. Baru aku paham kenapa kakak2 lebih sensitive bila aku menjawab kecik2 dulu. Skang aku da jadi kakak aku paham perasaan tu.