Nuffnang BH

Sep 7, 2012

demam selesema dan raya dan mood swing


As Salam,

Burp kenyang makan arini. Alhamdulillah murah rezeki banyak makanan orang jamu. Tadi makan di level bawah ada jamuan raya. Makanan plak sedap-sedap. So makan sederhana je sebab kat level sendiri ada jamuan jugak. So meriah la. Kenyang memang tak boleh dibendung. Kebetulan big bos pun keluar so macam happy gile staf-staf sambut raya sambil makan-makan. Kerja jalan ke tak belakang kira la. Hari ni je kot.

Then pagi tadi kesihatan aku ok sikit. Aku masih boleh bertahan. Tapi masuk je ke tengahari aku dah tak tahan. Ha masa aku tengah taip ni aku menahan muntah. Aku diserang gejala selesema. Aku sakit kepala dan hidung aku sejuk macam kucing. Mana aku taw hidung kucing sejuk sebab aku selalu pegang la masa kat kampung.

Aku bukan takat rasa cam tu je, aku nak buang air besar sekali. Ok fine cukup lengkap buat aku nak balik cepat. Aku da lesu nak suh masa cepat berlalu. Aku kalau demam macam ni. Dan bila biasanya aku demam is bila nak dekat-dekat tarikh period. Aku memang selalu or tiap-tiap bulan tak pun selang-selang bulan la.

Kalau bujang dulu aku akan senggugut teruk sampai tak pergi kerja, muntah-muntah, dan cirit birit. Tapi tukar selepas kahwin aku akan mula demam dan mungkin selesema, muntah-muntah, cirit birit, pening kepala. Pas kahwin senggugut tetap ada tapi kurang la.

Malam tadi aku marah-marah laki aku, smalam aku mengamuk lambat makan. Banyak kerja and lapar-lapar. Mood aku lak swing aje. So kawan-kawan sekeliling cakap aku mengandung ke? Entah aku tak peduli la. Mengandung pun apa salahnya. Eh tak de la salah tapi if mengandung takut juga la. Aku baru nak berehat. Anak yang satu aku da stress ni plak anak dua tiga.

Ok doa jam putar laju-laju and mintak2 muntah ni go away. Aku tak tahan la. Aku nak sihat. Ya Allah tolong. Dah sakit baru ingat Allah. Dasar manusia lupa daratan macam ni la. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.