Nuffnang BH

Jul 30, 2012

PuasA 2012


As salam,

Kembali bersiaran. Last post is on 11th July yang lepas..now? dah nak menjengah August ok. di bulan puasa..aku jadi malas dan tak semangat nak publish entry. Blokwalking ok. silent reader. Tengok resepi and juadah orang berbuka dan bersahur. Then amik idea. Kira ok gak la kan?tahun pertama berbuka bersama anak kecik. Ikhwan hafeez amatlah mencabar. Kesabaran kene tinggi. Saat nak minum and makan la dia nak makan sekali. Tak cukup berbuka, time sahur pun dia automatic bangun dengan syarat malam sebelumnya dia tidur nyenak and awal. So sumbat la makanan kat dia jugak. Pastu bantai tidur sampai we all nak g kerja.

Persiapan raya kali ni lain sikit. Eh apasal aku citer pasal raya plak..hahhaha ok back to puasa t cite raya. Berbuka kali ni aku tak meragam nak makan macam-macam sangat. lauk kat param pun rasa bosan je. So end up beli makanan tah hapa2. Masa weekend pun malas masak sebab sibuk shopping barang rumah + raya. Kan tadi aku tulis persiapan raya lain sikit kan? Ha tahun ni tahun aku beraya sakan. Aku beli banyak helai gak baju. Saja. Duit tak banyak mana pun. Tahun ni tema di Melaka warna kuning oren. First raya disana. Then sebelah Pahang warna purple. Balik raya kedua. Ok tak sabar raya.

Dah takde menda aku nak share kot. Ni tulis entry pun sekadar nak ubat rindu. Nak blokwalking lagi cari resepi yang boleh dipraktiskan di bulan puasa bulan mulia. Semoga aku dapat tingkatkan amalan selagi ada masa. Owh ye. Tak lama lagi anak bujang nak masuk 11 bulan. Cepat je ye nak kau membesar. Aku masih rindu saat air ketuban aku pecah masa pukul 1 pagi masa raya ketiga tahun lalu. Manis betul pengalaman. Mujur aku berani. Kalau aku tak berani??? Sendiri mau ingat la.