Nuffnang BH

Jul 30, 2012

PuasA 2012


As salam,

Kembali bersiaran. Last post is on 11th July yang lepas..now? dah nak menjengah August ok. di bulan puasa..aku jadi malas dan tak semangat nak publish entry. Blokwalking ok. silent reader. Tengok resepi and juadah orang berbuka dan bersahur. Then amik idea. Kira ok gak la kan?tahun pertama berbuka bersama anak kecik. Ikhwan hafeez amatlah mencabar. Kesabaran kene tinggi. Saat nak minum and makan la dia nak makan sekali. Tak cukup berbuka, time sahur pun dia automatic bangun dengan syarat malam sebelumnya dia tidur nyenak and awal. So sumbat la makanan kat dia jugak. Pastu bantai tidur sampai we all nak g kerja.

Persiapan raya kali ni lain sikit. Eh apasal aku citer pasal raya plak..hahhaha ok back to puasa t cite raya. Berbuka kali ni aku tak meragam nak makan macam-macam sangat. lauk kat param pun rasa bosan je. So end up beli makanan tah hapa2. Masa weekend pun malas masak sebab sibuk shopping barang rumah + raya. Kan tadi aku tulis persiapan raya lain sikit kan? Ha tahun ni tahun aku beraya sakan. Aku beli banyak helai gak baju. Saja. Duit tak banyak mana pun. Tahun ni tema di Melaka warna kuning oren. First raya disana. Then sebelah Pahang warna purple. Balik raya kedua. Ok tak sabar raya.

Dah takde menda aku nak share kot. Ni tulis entry pun sekadar nak ubat rindu. Nak blokwalking lagi cari resepi yang boleh dipraktiskan di bulan puasa bulan mulia. Semoga aku dapat tingkatkan amalan selagi ada masa. Owh ye. Tak lama lagi anak bujang nak masuk 11 bulan. Cepat je ye nak kau membesar. Aku masih rindu saat air ketuban aku pecah masa pukul 1 pagi masa raya ketiga tahun lalu. Manis betul pengalaman. Mujur aku berani. Kalau aku tak berani??? Sendiri mau ingat la. 

Jul 11, 2012

Feed A Family - Viva Palestina


As Salam,

Aku ada follow Wardina nya FB. So dia ada promote menderma untuk anak-anak Palestin. Aku pun nak menderma sekali. Tarikh akhir derma is 20 July ni. So cepat-cepat.. RM 100 yang didermakan untuk 5 orang satu keluarga yang dikatakan boleh tahan sampai hujung Ramadhan. Ya Allah. Malu aku kat anak-anak Palestin ni. Kalau aku la..ermmm.. bersyukurnya. 


Jul 10, 2012

Adil bukan aidil ok



Adil bukan aidil ok

Taw tak aku keciwa dengan kerja. Kenapa aku kecewa. Kecewa dengan orang sekeliling. Maksud aku orang yang direct and indirectly effect my kerja. My performance. Aku jadi malas dan aku jadi fed up. Apakah aku perlu gila sama macam mereka? Cukup kalau diaorang tak kacau hak aku. masalahnya..ermm masalah..tak taw la apa masalah. Overall is ADIL. Bila ADIL tiada maka banyaklah orang yang zalim lahir. ZALIM ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Mungkin sedikit berfalsafah entry kali ni.

Aku cuba jadi cool bila ADIL tiada kat tempat kerja. Buat-buat tak pa asalkan tak ganggu aku. rupanya aku jugak jadi mangsa orang yang zalim. Orang yang tertindas. Orang yang dizalimi. Bila ditindas maka perasaan itu amatlah tidak bagus. Macam pisang yang sudah terlalu masak atau pun pisang lembik yang dipijak-pijak. Eh pisang?

Ok aku pasang lagu omputih sebab aku meluat dengar orang cakap kat phone kuat-kuat. Macam orang gila. Macam dia seorang busy. Yeah. Buat-buat busy. Sekarang keadaan aku masih Selamat. Selamat untuk aku tak mengamuk. Tunggu je la masanya. Aku akan pergi. Eh macam nak mati pulak. Maksud aku bila Allah izinkan rezeki ku di tempat lain maka aku akan pergi jugak. Ke tempat lain. Tempat yang lebih ADIL. Mungkin kurang ADIL tapi masih ada ADILnya. Terfikir macam mana nak teruskan survive. Nak selamatkan diri. Selamatkan punggung masing-masing.

Pernah tengok tivi cerita orang atasan jahat nak mampos? Pastu asyik menang je, then tak kantoi-kantoi. Aku alami itu sekarang. Aku tak taw rela life akan ending sama macam drama dalam tivi tu ke tak. Tapi aku harap la sama. Which is happy ending. Tapi kan... Allah itu Maha Kuasa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tahu yang paling tepat. Tak pernah lambat dan tak pernah cepat jadikan sesuatu. Maka dengan itu aku bersenang hati menerima kezaliman yang berlaku. Aku dah puas tentang dengan merusuh dalam hati, tak redho dengan apa berlaku dan kini aku berserah.

Usaha aku buat?

Aku dah bercakap dengan orang yang sepatutnya. Aku bagi pendapat aku. so harapnya kebaikan yang terjadi. berharap. Sehingga aku berhenti berharap.  


Jul 3, 2012

ikhwan sepuluh bulan and demam campaknya




minggu yang lepas


As salam,

Sejak semalam hati melonjak-lonjak nak menulis. Last Sunday ari lahir ikhwan yang ke 10 bulan, dan hari tu jugak budak mata bulat tu kene demam ruam. Kesian dia. Comot muka. Merah-merah. Mula-mula aku tak taw. Then on Saturday ruam merah-merah semakin menjadik. Abah dia belikan air kelapa buat mandi dan kasi minum sikit. Alhamdulillah dia semakin ok. Hari isnin mintak adik aku jagakan. Kesian pulak ikhwan hantar ke rumah pengasuh masa demam. Dia memang kuat merengek kalau demam. Nak orang sentiasa ada dengan dia.

Owh ye, Saturday tu berjalan sakan mencari baju raya untuk ikhwan. Plan nak beli terus je, tapi bila Nampak banyak sangat pilihan jadi rambang mata dan bertangguh pulak sebab takut tempat lain ada offer lagi best. Pastu, end up beli je baju sehelai. Yang lain tangguh dulu. Untuk aku dan suami tak tahu la bila nak beli.

Ahad jugak kawan-kawan ajak main bowling. Kawan-kawan fstep dulu. Alhamdulillah jugak hubungan masih rapat. Boleh duduk makan semeja. Kalau dulu perjumpaan pertama aku pas kad kahwin pada kawan-kawan tapi kali ni giliran kawan aku lagi seorang. Mamat Kelantan pasangan dia jugak orang Kelantan. Semoga hubungan mendapat keberkatan dan berbahagia ke akhir hayat. insyaAllah.

Minggu lepas banyak pergolakan di tempat kerja. Macam-macam sampai aku jadi tak waras. Aku ambil jalan mudah dengan berharap yang terbaik. Allah jadikan/takdirkan begini. Jadi aku mesti yakin. Semangat bekerja sangat la merudum. Macam-macam faktor menyumbang. Rakan sekerja, orang atasan dan sekeliling. Aku berdoa sangat ditunjukkan jalan. Jalan yang benar. Aku dah bosan macam ni. Semoga Allah permudahkan aku nak berkhidmat sepenuh masa untuk keluarga. Amin.

Pagi tadi kiah mesej aku. Pasal kandungan dia. Dia baru lepas scan baby dalam perut. Doctor cakap anak dia songsang, pada bulan ke-7 sepatutnya kepala baby ada di bawah. Tapi anak dia still tak nak pusing. And doctor tak galakkan kiah berurut betulkan kedudukan baby. Bahaya katanya. Dan jugak dia nasihatkan suh ceaser je nanti. Bagi aku doctor bukan Tuhan nak tentukan segalanya. Allah ada. Masih ada masa untuk dia berusaha. Ada jugak aku search kisah-kisah baby songsang dan aku rasa bersemangat nak nasihat kiah.

nisa n rafiq

nisa lagi

tempat kejadian


auntie atun

ikhwan as batman

yang sempat turun..kak G, atun, n mas



muka mcm mawas