Nuffnang BH

Jun 19, 2012

masalah berat badan masalah dunia

credit to google image
As salam semua,

Ok penduduk dunia, aku ada masalah. Ok ada orang peduli tak? Tak peduli sudah aku nak bercerita jugak. Masalah aku kira besar jugak la. Sebab makin aku diam makin menjadi-jadi. Stress je habislah. Eh tak stress pun sama jugak. Dulu aku tak heran sangat, tapi sekarang tidak lagi sebab aku dah perasan yang aku kurang happy.

Masalah aku ialah masalah berat badan. Berat badan bagai di pam – pam.. Last Sunday timbang mesen 20sen tu berat aku dah lebih 50kg..What the heck... dengan kerendahan 152cm yang tak berapa tinggi aku kelihatan macam rendang nak mampus macam bonzai. Kalau baju kurung boleh cover kot, tapi kalau weekend aku pakai skirt and tshirt sebab blouse aku tak banyak and pakai tudung sarung tu. Sah sebijik macam orang gaji cikuan je. Pembantu rumah je la. Sadis la rodiah ni.

Ok back to topic, aku kecewa dalam diam. Asal malam je aku confident nak diet la kengkonon. Then bila pagi aku lapar kuasa kuda, singgah kedai beli nasi goreng mencekik bagai tak pernah makan..hahaha terus padam nak diet.

Ok pastu..see berapa banyak aku guna ‘ok’ dalam entry ni mean aku tengah tak ok la sangat. aku pun wat la research camne nak hadapi hari-hari mendatang. Dengan perut begini, perangai makan tak ingat dunia aku search and dapat solution: boleh try..

    1.jangan biar perut lapar – bila perut kosong and makan bila tengah lapar ya amat, potensi nak makan jumpah yang besar amatlah tinggi. So before makan tu tegukla air masak segelas dua..so t da kenyang kuantiti makanan yang diambil pun sikit..
    2. ambik sesuatu yang pahit before makan - minum kopi or kumur before makan. boleh bantu bantutkan selera makan. 
     3.    Minum 8 gelas air sehari
     4.    Jangan minum air gas
     5.    Kurangkan garam
     6.    Makan sarapan pagi
     7.    Makan jangan gelojoh, kunyah jadi kecik2
     8.    Makan gula2 getah sebagai pengganti snek
     9.    Minum fresh orange or limau nipis tanpa gula untuk bantu pembakaran kalori.
     10.  Jangan timbang berat badan selalu kerana ia melemahkan semangat untuk berdiet

Sebenarnya banyak lagi cara tapi aku malas nak taip dah ahahha. Yang penting letak target dan selalu beringat yang mahu kurus. Owh ye aku pernah baca buku, penulis kata amalan membasuh tangan and berkumur mulut dapat menghindar hidup dari dibelengu hutang. Wallahualam.