Nuffnang BH

May 21, 2012

Ujian untuk manusia..ujian untuk peperiksaan



Semua manusia dalam duni ni ada ujian. Tak kira kaya, miskin, muda dan tua. Ujian lak banyak peringkat. Ada ujian kewangan, ujian peperiksaan, ujian kesihatan, ujian keamanan jiwa dan macam-macam jenis ujian lagi. ujian ni khas untuk melihat tahap keimanan dan ketakwaan hamba manusia. Aku sedang di uji. Diuji keamanan jiwa. Diuji untuk sesuatu yang di anggap rezeki. Tak layak untuk ditolak. Nanti kalau aku dah lepas ujian insyaAllah aku berkongsi disini.

Semalam aku berborak dengan adik aku, bercerita tentang seseorang yang agak rapat dalam keluarga kami. Masalah mereka sekeluarga. Ujian yang menimpa. Ujian untuk memahami kehidupan.  Atas sebab apa manusia dilahirkan. Di wujudkan dalam dunia ni. Tak lain tak bukan untuk beribadah kepada Allah. Kalau lah manusia faham konsep ni; hidup untuk bekalan akhirat mesti tak wujud manusia yang buat dosa.
Aku bukan ustazah, aku bukan juga pelajar sekolah agama, sekolah pondok. Aku kutip ilmu agama dari cd n jugak tv. Ilmu yang seciput tula aku buat pedoman. Nak lebih sikit aku beli buku rujukan agama.

Aku post entry ni pun untuk menghilangkan sesak didada. Biar keaman datang dalam jiwa. Teringat buku yang aku baca; tiga syarat wanita bergelar anak, isteri, ibu, nenek sennag masuk syurga. 1. Solat di awal waktu, 2. Menjaga aurat, 3. Menjaga pergaulan. Jaga semua, dapat masuk syurga.

Berbalik pada cerita tadi, sebesar mana pun ujian manusia kena balik ke pangkal jalan. Jangan ambil langkah mudah. Jangan bunuh diri. Kalau tersalah langkah rujuk pada yang tahu agama. Segera bertaubat.
p/s: berapa lama tak renew kefahaman tentang solat. Memang patut rujuk semula buku untuk improve kekusyukkan dalam solat.