Nuffnang BH

May 24, 2012

Lelaki ajal rempuh belakang treler..lelaki tu kawan aku


Al Fatihah untuk kawan aku yang baru meninggal pagi semalam. Kawan yang aku kenal semasa study diploma dulu. Masa tu kat Jengka. Aku kenal masa aku belajar silat. Berat bila mengimbau kenangan bersama arwah. Walaupun tak rapat tapi cukup terkesan dengan kehilangan arwah.

Cerita yang aku dgr dari kawan2 yang post kat wall dia ialah; arwah dilanggar di Alor Gajah Melaka lebih kurang pukul 7am, polis datang at 9am. Dibiarkan orang yang lalu lalang di tepi jalan. Ini sangat jahat. Menurut kawan-kawan jugak kaki kiri arwah telah hancur. After post mortem by doctor; paru-paru arwah pecah dan alami pendarahan dalaman yang teruk menyebabkan kematian. Sayat hat ini. Arwah diperlakukan begitu. Tapi dalam metro dia kata arwah langgar belakang treler. Baca lebih lanjut refer ni . arwah kerja di johor dan excident di Melaka. Mungkin otw nak balik ke johor lalu Melaka dan terlibat kemalangan. Allah lebih sayangkan dia.




Semoga arwah tenang disana. Dan aku sempat baca laporan di Metro. Sah lain punca accident dan kematian dari cerita asal. Sedikit geram tapi benda dah jadi. Aku harap ada pembelaan untuk arwah. Dan orang yang langgar dia..kalau betul la, datang jumpa keluarga dan minta maaf.