Nuffnang BH

May 10, 2012

kalau dah namanya perempuan mesti ada entry macam ni


sebab hati tak tenteram gambar kena besar gabak..


Ok dari pagi hati tak tenteram. Otak ding dong. Aku start entry ni dengan perkataan ok maksudnya aku tak ok la tu. Aku mungkin dalam kitaran nak menghampiri period ni gamaknya, kalau tak period aku mengandung la kot...woh..ok diam... Tadi pagi sakit perut bagai. Kat bahagian peranakan. Ok aku tipu aku tak taw bahagian apa tu Cuma macam kat bawah sikit dari pinggang and perut. Tak dapat bayangkan tak apa kita proceed dengan yang lain. Mentang kentang aku cuti esok sempena majlis kahwin-kahwin sepupu suami aku so aku dapat cuti. Ok tipu aku meminta cuti la. nak balas jasa orang tua kena attend kenduri lebih awal dari semua orang. Chewah. Tipu lagi.  Kena faham la aku kan dalam kitaran nak menghampiri period so aku macam orang gila. Woh.

Aku tak lama lagi nak tolong adik aku berniaga. Nak mencari sesuap nasik memang susah. So kena la cari sumber pendapatan lain. Contohnya jual kuih raya, jual tudung, jual barangan baby, jangan jual diri dah la kan. Eh melalut. Haram tu.

Aku bersemangat nak tolong. Ermm mana taw leh bukak butik. Wah meninggi harapan dan impian rodiah ni. Bagus-bagus teruskan usaha. So berbalik kepada isu hormone tak stabil, bilamana perempuan berada dalam kitaran period maka emosi begitu tak menentu. Bagi yang dah berumahtangga awas; kalau tak period mengandung la tue..uwekk aku ke?

Rata-rata pengalaman orang aku baca nak bagi hari seindah suria yang baru terbit dari ufuk timur kena makan coklat, makan kek, benda manis-manis. Aku pulak tak suka cmtu..aku suka makan nasi. Huwaaaa..makan bermakna makan dengan banyaknya. Banyak bermaksud gemuk la. eh aku ke laut ni. Kan aku dah bagitaw aku ni tak stabil. So entry pun tak stabil.

Masa taip tadi nak share camne nak kira waktu subur, tup-tup keluar yang lain lak..waktu subur adalah hari ke 14 period ye puan-puan. Macamana hari ke 14 muncul is..kita kira kitaran hari period tolak dengan 14. So hari tersebut la kita subur. Normal kitaran is 21 – 28 hari. Ada gak yang lebih. So pepandai kire eh.. contoh 25 -14 = 11. So 11 la waktu yang subur..ye x? cer google la if xyakin eh..hahhaha tips kedua untuk mendapat baby is bersama suami pada waktu subur la of cos..hhhahha tips nak merancang anak lak..jangan bersama suami pada 5 hari sebelum and selepas waktu subur..ada paham? Ok sebenarnya aku stress ni, t aku dah tak stress aku buat entry la kalau aku tak lupa ok.

ok terpanjang lak kali ni..sekian. bosan membaca.