Nuffnang BH

May 23, 2012

Hari yang penuh dengan emosi


Aku rasa mahu menangis. Beberapa bulan lepas ada follow blog moon, cerita pasal kakak dia yang sakit barah and today kakak dia dah meninggal. Sedih. Sangat sedih. Allah Maha berkuasa. Dari Dia kita datang kepada Dia kita pulang. 

Dan tadi kawan baik masa sekolah menengah sms yang dia baru lahirkan baby boy 3.2kg dan baby di icu. Sebab masa bersalin and baby dia vacum, so kepala dia luka. Sedih. Harap baby kuat. Baby baru nak tengok dunia dan baby terluka. Kesian kau nak. Aku ni ibu, aku paham kesedihan seorang ibu. Aku menahan tangis. Aku sedih sangat. sangat-sangat. dan aku kehilangan kata.

Hari ini hari istimewa. Hari ulang tahun kelahiran arwah abah. Kalau abah masih bersama kami, abah akan sambut hari jadi yang ke 69 tahun. Tapi abah dah menghadap Ilahi. Al Fatihah untuk abah. Anak-anak semua rindukan abah. Sampai hari ni mulut aku masih lagi tersasul tanyakan abah mana and nak panggil abah makan tengahari bila balik kampung, tapi tu semua tak sempat aku nak luahkan bila terpandang mak. Mak lagi rindukan abah.


No comments: