Nuffnang BH

May 4, 2012

cikuan 8 bulan ..cikebom cikebom





Salam jumaat. Di atas tu cikuan..anak lelaki aku..ha aku ada anak hahahah macam tak caya gitu dah ada anak..rasa macam muda lagi. kihkih..ok macam gedik pulak. Anak aku genap 8 bulan masa 1 may aritu. Orang lain celebrate hari pekerja aku excited celebrate anak aku 8 bulan. Yeay.. hidup dengan jayanya. Kau happy kan anak ku???

Tadi masuk office lalu depan reception counter nampak paper Metro cakap pasal baby 6 bulan meninggal sebab kena renjatan leektrik. Ya Allah, sian dia. Dah la debab. Comel sangat. bila aku baca Kosmo online pun sama Cuma versi cerita berbeza. Dalam Kosmo dia cakap baby kene renjatan extension nyer wayar penebat tu dah rosak. And dalam Metro dia cakap baby merangkak pegang wayar belakang almari.

Whatever reason pun aku tetap terkesima. Terdiam sekejap. Aku selalu lalai bila dengan Ikhwan. Yea, Ikhwan amat bijak skang. Laju je jalan dengan walker dia tu. Meja kat tv tu sama tinggi je dengan dia so boleh capai la skali dengan wayar2 tivi. Seram sejuk aku dengar. Kalaulah berlaku. Nauzubillah.

kita ni selalu kena beringat. selagi tak kena batang hidung selagi tu ambil sambil lewa. 

No comments: