Nuffnang BH

Apr 24, 2012

preggy


Mari bercerita pasal mengandung. Oleh sebab aku kini berbadan dua maka apa sahaja info yang berkaitan tentang mengandung mesti aku amik tahu. Untuk pengetahuan semua, kandungan aku kini berusia 2 bulan. Aku doakan anak dalam kandungan ni sihat walafiat dan berjaya survive. Memang nervous bila date yang sepatutnya aku datang period tapi period ku tak kunjung tiba. Hah syak wasangka pon bermula. Alamak betul ke. So atas sokongan dan dorongan puan roses suh aku sendiri beli pregnancy test kat Watson dan check sendiri la baru aku taw aku ni positif pregnant. Yeah. Owh rasa nak menjerit. Alamak. Takut. Macam la aku mengandung anak tak da bapak. Nak takut buat apa. Bukan, bukan bab tu. Takut sebab aku rasa aku kecik je lagi. macamana nak carry perut yang besar. Nak jadi mak kepada budak. Tugas besar tu.


Dugaan paling besar bagi aku masa mengandung so far is morning sickness. Ya Allah setiap masa nak muntah. Asal terjaga je nak muntah, sebelum makan muntah, pas makan muntah, tidur, jalan2 semua nak muntah. Alahai. Puas dah cakap kat anak dalam perut tolong la aku ni. Jangan muntah teruk sangat. sampai hari ni dia macam paham sket la. Dia muntah tapi senang je nak keluar isi. Sebab sebelum ni rasa nak muntah ada plus dia macam tarik isi perut aku sekali. Seksa betul .

Okeh walaupun aku rasa penat sangat, selalu je demam teruk tapi aku percaya setiap kesakita dan kesusahan semasa mengandung ni satu jihad. Yang aku taw dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah aku lakukan.

Kawan yang seangkatan dengan aku banyak tol aku dengar dia mengidam, nak makan itu, nak ini. Mujur yang senang2, if tak, menangis la tak dapat. Meleleh air liur anak tu nanti bila lahir, tu orang cakap la. Macam aku, mengidam tak teruk sangat kot, aku lebih kepada alahan je. Yang aku idamkan buah rambutan je. 3 malam aku mimpi aku beli buah rambutan. Perghh punya la nak. Maklumlah bukan musim memang payah. Last2 masa dinner kat kampung baru aku singgah pasar chow kit nampaklah orang jual, sekilo rm10. Gila mahal. Oleh sebab aku nak sangat beli la jugak. Aku pun pelik nape mahal sangat, aku tanya la. Pastu dia kata ni rambutan anak sekolah dik, tu yang mahal. Eh nama pelik ok. Aku taw rambutan sama je.

Pregnant ni aku suka sangat makan ulam2, aku suka ikan masin tenggiri, dan cili padi. Mak aku marah dah selalu sangat makan cili padi. Tak elok untuk baby. Aku sekat2 juga diri makan pedas2. Kesian baby lak t.

-sampai sini je entry aku..yg ni pun masa aku mengandung dl la..skang Ikhwan dah nak masuk 8 bulan hokeii..alamak lamanya peram..ihihh



2 comments:

Aishah Jahirah said...

ko ni bikin suspen aku je...ingatkan ikhwan nak dapat adik....rambutan mmg banyak spesies syg oi...yg pernah aku dengar gading n anak sekolah tu la...huhuuu

BAIZURA NATASHA said...

wei..ak igt ko pregnant lagi..wt gempak ja