Nuffnang BH

Apr 24, 2012

JumaAt SeSuci EmBun Pagi..entry lama yang mencucuk hati

Salam pagi yang suci mUrni, pagi Jumaat semoga semua makhluk mendapat Hidayah. ameen. sebelum pergi keja, sebelum bersalam-salaman dengan suami sempat berbual-bual pendek pasal kehidupan kami selepas berkahwin. Pagi tadi sebelum mandi suami sempat cakap:
suami: "sayang, barang baby kita tak beli apa2 pun lagi kan?" (mood: kerisauan..keluhan berat)
isteri: aku hanya angguk. takpa awal lagi..jawab aku pendek" (mood: mamai..badan penat)

masing-masing diam..tak lama pastu suami tanya lagi..

suami: "kenapa la kita diduga macam ni sayang..kita ada buat salah ke?"
isteri: ermm..telan air liur dan cakap"kita ni hamba yang lemah, tak layak nak mempersoal kenapa Allah berikan ujian. semua yg kita ada sekarang ni pun pinjaman je. terpulang kat Allah kalau Dia nak amik semula bila-bila masa."

dan perbualan tu tamat camtu je..memang berat nak terima ujian. nak lepasi setiap ujian yang menimpa bolehlah diibaratkan dipaksa menelan duri. pedih, boleh terluka dan berdarah. tajamnnya duri. Lain orang lain penerimaannya.

aku bukanlah boleh terima je ujian, memang la aku boleh jawab seperti aku kuat nak terima, tapi aku terpaksa. kalau aku juga ikutkan hati. menangis, berfikir negative. memang hidup akan selamanya murung.
Apa yang aku buat, tingkatkan keyakinan aku, percaya dengan setiap yang berlaku ada hikmah. SABAR.

Sabar maksudnya, percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan percaya dengan Allah. bukan PASRAH. Pasrah ialah bila seseorang itu menerima sahaja dan tak belajar apa-apa dari kejadian yang menimpa. dan aku suka fikir macam tu. sekurangnya buat hati aku lega.

1 comment:

  1. sabar n harap orang faham kita tp hakikatnya tak semua org blh faham org lain...so sabar lg...senyum..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.