Nuffnang BH

Mar 12, 2012

siput lagi laju

Salam semua,

Semakin hari semakin malas nak menulis kat sini. Kehidupan macam semakin sempit tak cukup masa je. Ke aku semakin hilang arah dan pentingkan duniawi je. Hari-hari fikirkan kerja dan bila cuti sibuk mengemas rumah. Waktu lapang yang patut keluar jenjalan aku habiskan rehat dan tidur di rumah. Bagi aku cukup heaven bila dapat rehat sekarang.

Kerja sekarang memang menggila. Harini office kosong. Ramai bercuti since cuti sekolah dah start. Aku baru balik dari rest tadi. Lunch lamb chop. Sungguh western tapi minum milo ais so jadi kampung terus. Otak macam bengang sikit sebab ada kerja yang delay. Banyak ragam bila orang atas tak puas hati. Bosan jugak tapi layankan jugak.

Teringin nak tukar kerja sebenarnya. Or mungkin kerja aku sendiri. maksud aku bisness aku la. Nak jual apa? Boleh ke? Mungkin ke berjaya atau aku ni hangat-hangat tahi ayam je.

Baru teringat aritu nak post pasal cancer wanita tu kan? Lain kali jela. Aku buat kerja macam siput arini. Satu persatu. Bila nak siap ni. Penat betul. Fiuh. Monday oh Monday kenapa kau ditakdirkan macam ni. Kesian betul jadi isnin. Kalau dia tahu orang tak suka dia mesti dia nak bunuh diri. Aiseh ok dah mengarut.