Nuffnang BH

Mar 29, 2012

merepek..kerepek.

Assalamualaikum.

Sekarang dah pukul 3 petang sepatutnya dah jalan pergi solat zohor tapi syaitan membisikkan sesuatu menyuruh post dulu entry. Oh mai, berat bontot kenyang perut. Sangat merindui family, my baby and my suami. Harini kelam kabut kena sound setepek dengan boss uh master process flow divison lain. What? Again en KFC? You suruh I taw selok belok then u malas nak tanya orang lain then u ask me je? How dare u? Berapa banyak process i kena taw..ini sudah lebih. Tapi ini semua dalam hati je. Kerepek betul la.
Dalam masa yang amat short ini mahu saya menguasai semua kefahaman itu. Saya nervous. Tapi saya akan menyahut cabaran ituh. Saya rela. Lagipun untuk kebaikan saya juga walaupun siapa peduli. Saya mahir atau tidak. Kan3?

Saya amat nervous, eh kenapa? Bila fikir pasal suami..(skema gila bahasa) saya banyak marah suami semenjak dua menjak ini. Saya geram, saya penat kena buli dengan en kFc, dengan orang-orang sekeliling dan terus membuli suami. Apakah? Ini tidak adil, tapi dia je yang terdekat. So dia la mangsa.

Hari ni khamis dan esok jumaat. Sabtu mungkin ke mELAKA. Mahu berjumpa keluarga mentua. Ermm. Rehat kat sana jela. Badan penat macam nak pecah tapi kugagahi sebab dah janji dengan suami. Kang tak nak balik, derhaka pulak.

Ok dah taip sikit then lega la jugak. Harus diteruskan niat nak solat. Nak baca Al Quran la. Nak tenteramkan hati ni. Bergelodak lagi.  

gambar xde kaitan pun