Nuffnang BH

Mar 1, 2012

aku Mengandung?

Salam,

Dah seminggu kot aku pening-pening kepala pusing-pusing nak muntah. Opss bukan mengandung ok tapi aku memang tak sihat. Aishh mungkin tekanan kerja yang meninggi gunung so aku pun pressure tahap gaban. Saat aku menaip entry ni aku masih lagi pening-pening walaupun dah makan ubat. So nak cite sket pasal aku g clinic semalam.

Pas makan malam free kat rumah mak BS so aku meneruskan perjalanan ke clinic. Macam jauh je kan tulis camtuh. Owh yea makan free tu aku bedal 3 ketul ayam tua a.k.a pencen. Sedap tol. Ayam masak lemak cili padi. Terbaik la. Pas kenyang dan ucapkan terima kasih, beredar dan sampai di clinic. Mujur masa sampai tak ramai orang so masuk terus.

Senyum-senyum depan doc citer sikit-sikit then dia suspect aku mengandung. Oh tidak. Dia suh wat urine test before dia bagi ubat. Aku dah dup dap ni, rasanya yakin tak mengandung sebab aku memang menjaga. Tak kan la kan.hahhaha. dia kata blood pressure aku ok, temperature pun ok. so dengan jayanya g tandas check urine.

Punya berdebar tunggu result. Lama wooh doctor ni. Dan bila aku dipanggil semula doc senyum dan akhirnya keputusan ialah negative. Yes. Rasa nak jerit. Satu kejayaan la tu. Seram dol. Pastu doc explain cecair dalam telinga aku imbalance dan takde factor pun penyebab jadi cmni, semuanya spontaneous.

Doc bagi ubat then dapat MC. Aku tak MC pun. Banyak benda nak setel. Masa aku melepak tunggu doc nak panggil aku ada amik pemplat pasal breast cancer. Next entry aku akan share pe aku baca ok. penting tu. Aku tak da keberanian lagi nak wat check pap smear. Ada sesiapa pernah buat check tu?

Cer imagine aku mengandung masa ikhwan tak sampai setahun lagi? sian ikhwan kan? Hiihihih. 

3 comments:

Aishah Jahirah said...

haha...kalau ko terjerit depan doc tu mesti dia terpinga2...xpa ikhwan ada kwn...huhuuu

Cik bunga mawar said...

baru nak wish congrates...anyway, mish u :)

Dieya said...

ros sgt rindu kau jugak..

aisyah: kalau aku jerit takut lak doc tu kang