Nuffnang BH

Mar 29, 2012

merepek..kerepek.

Assalamualaikum.

Sekarang dah pukul 3 petang sepatutnya dah jalan pergi solat zohor tapi syaitan membisikkan sesuatu menyuruh post dulu entry. Oh mai, berat bontot kenyang perut. Sangat merindui family, my baby and my suami. Harini kelam kabut kena sound setepek dengan boss uh master process flow divison lain. What? Again en KFC? You suruh I taw selok belok then u malas nak tanya orang lain then u ask me je? How dare u? Berapa banyak process i kena taw..ini sudah lebih. Tapi ini semua dalam hati je. Kerepek betul la.
Dalam masa yang amat short ini mahu saya menguasai semua kefahaman itu. Saya nervous. Tapi saya akan menyahut cabaran ituh. Saya rela. Lagipun untuk kebaikan saya juga walaupun siapa peduli. Saya mahir atau tidak. Kan3?

Saya amat nervous, eh kenapa? Bila fikir pasal suami..(skema gila bahasa) saya banyak marah suami semenjak dua menjak ini. Saya geram, saya penat kena buli dengan en kFc, dengan orang-orang sekeliling dan terus membuli suami. Apakah? Ini tidak adil, tapi dia je yang terdekat. So dia la mangsa.

Hari ni khamis dan esok jumaat. Sabtu mungkin ke mELAKA. Mahu berjumpa keluarga mentua. Ermm. Rehat kat sana jela. Badan penat macam nak pecah tapi kugagahi sebab dah janji dengan suami. Kang tak nak balik, derhaka pulak.

Ok dah taip sikit then lega la jugak. Harus diteruskan niat nak solat. Nak baca Al Quran la. Nak tenteramkan hati ni. Bergelodak lagi.  

gambar xde kaitan pun

video menyentuh hati..Maha Suci Allah

Sekadar Berkongsi..


Mar 23, 2012

yess Jumaat..Ikhwan tunggu mama

Assalamualaikum. Arini jumaat.  Hari bersuka ria, macam hari raya. Agak relak sebab kerja dah banyak di setelkan. Tadi makan pun sedap Alhamdulillah tapi shopping barang-barang baby so fail untuk berjimat. Sengal betul. Beli mainan untuk Ikhwan, beli gel gamat untuk mak, pencuci botol susu dan jaring untuk baby jugak. Untuk aku? ha aku beli kek Red Velvet. Tak pernah rasa so membeli dengan senang hati la tadi. Wah sedapnya. Sebab atas dia letak cheese kot. Tu aku suka tu. Walaupun perut penuh gitu sampai nak keluar semula.
Rm3 - sedappppp
Kalau kat rumah Ikhwan paham mama and abah dia orang miskin so mainan tak memilih, dia paling suka bekas wet tissue dia hahaha, mainan yang tak akan dia tolak so far is remote tv. Pandai kau nak kan? Yang sederhana gitu. Tak memilih. Dah aku kesiankan anak sendiri so aku beli la mainan ni tadi. Nak beli yang mahal-mahal nanti ye nak oi. Tunggu mak shopping dengan abah ok.

ni je mama mampu nak..xgaji lagi wahahha
Mama tengah kuatkan hati nak memasak untuk Ikhwan, mama masak carrot and bubur baby tak makan sangat. so mama bagi nestum, TAPI  ramai kata tak elok sebab benda tu instant so mama nekad nak search resepi untuk Ikhwan paksa makan jugak. Tak kira. Hihiihih..

tempat feveret Ikhwan
Sekarang Ikhwan lasak main-main kat rumah. Tak boleh lepa, mesti sampai bawah meja, bawah kerusi, aduyai. Dia suka gigit kertas. Jumpa surat khabar macam jumpa apa tah. So mama n abah take turn bersiap. Tak sabar nak suh Ikhwan besar. Cepat besar mama nak pergi makan lambchop la baby. Mama tahan je sebab susah nak bawak keluar makan sian ganggu masa tidur baby. Sebab weekend kita sibuk tak sempat nak jenjalan.
abah n mama love u soooo much taw

Mar 13, 2012

kerja laju- laju

Harini kerja keras sekeras kerikil. Nampak sangat aku tipu. Kerikil tu aku teringat novel sekolah dedulu. Kerja keras tak tipu la. Memang aku marah pepagi buta tadi. Bos dah hantar email suh buat kerja laju-laju. Eh gila kau laju-laju.

Ok tak boleh marah tapi geram je. Boss kan mana leh lawan. Semua bos cakap is benar belaka. sangat benar walaupun apa yang bos nak tak bertimbang rasa, sangat mengarut dan menyakitkan hati. Ye saya sayang bos saya.

Baru siapkan kerja satu. Harini nekad siapkan kerja lagi satu supaya saya boleh siapkan kerja berikutnya sebelum esok. Oh masa amat sedikt dan kenapa masih menaip di blog ni. Ok pergi buat kerja sekarang. Rasa otak macam robot dah ni. 

Perkara yang menggembirakan berlaku bila saya skip lunch arini. rasa perut mcm slim sikit. mungkin berat dah turun. ok nampak sgt menipu. sekian. 

Mar 12, 2012

Ikhwan

Assalamualaikum,

Nak cerita pasal my baby. My baby dah masuk 6 months ++. Sudah besar dan Alhamdulillah tak demuk sgt sebab dia semakin lasak. Tapi sayang dia tengah mendemam. Ok belasah sebab aku tengah ting tong ni. Mendemamm sebab penat ikut mama shopping ye sayang. owh tidak mendemam sebab cucuk 6 bulan aritu.

Dia merengek malam2 je sebab panas badan so ape aku buat is lap2 badan, tangan, kaki, dan dahi dia. Uikss mulia nya seorang ibu korbankan waktu tidur untuk anaknya sedangkan bapaknya tergolek di tepi sebab penat jaga anak siang2. Aishhh.

So dengan berat hatinya pagi tadi menghantar ikhwan kat BS dengan muka kelat. If arini dia demam lagi confirm aku cuti je.

Ikhwan sekarang digemari ramai. Semua atuk2 suka dia. Hahhaha. Bagus anak mama cari atuk kaya senang hidup kau nak. Ceh. Skang ikhwan dah pandai meniarap n bergerak ke depan laju2. Wah maju kau nak. Dedulu ke belakang aje. So now agak bahaya la sebab dia suka meniarap sekeliling rumah. Takut dia jumpa benda2 kecil lantas masukkan ke dalam mulut. Aishhh.

Plan nk belikan walker. Nantilah ok. ok sampai sini dulu la. Kang bosan lak baca psl ikhwan je. Ok skang dah rindu dia..budak bulat. 

hilang ingatan

Assalamualaikum,

Ape khabar semua? ada baik? Dah makan? Solat? Aku belum lagi. dah sedekahkan Fatihah untuk mak bapak sila buat sekarang. Mksudnya baca sekarang. Macam prihatin tanya soalan bagai.

Sekarang tengah berbuak perasaan nk luahkan perasaan kat sini. So teruskan lagi menulis. Eh lupa apa nk tulis tadi. Ok back to topic, arini is nak cerita apa yang aku verangan masa otw g kerja dlm train tadi.

Kalaulah kan..kalaulah aku ditakdirkan hilang ingatan suatu hari nanti, tak kira la sekejap je, selamanya atau sekejap hilang sekejap tak. So aku tanya apa akan aku lakukan untuk menghadapi situasi tersebut. Chewah bak kata pepatah melayu..sediakan payung sebelum hujan. So dlm case ni sediakan apa2 sebelum aku hilang ingatan.

Pertama; aku akan tulis nota kecil untuk diri sendiri. tulis mesej-mesej penting dan clue unttuk aku cari siapa diri aku..contohnya; “ kau ada blog..guna add ni if nak taw lebih lanjut’ or tggalkan password utk FB sbb kat situ semua ada info n gambar so mungkin membantu aku ingat benda yg aku x ingat.

Kedua: tulis surat panjang berjela. Buat beberapa copy kalau perlu. Ceritakan segalanya di atas kerta tu n buat nota kecil mcm kat atas kat mn aku simpan surat tu.

Ketiga: hari2 tulis diari and letak kat tempat-tempat senang nak jumpa.

Ke empat: buat wasiat in case berlaku apa-apa keluarga atau orang terdekat kena tolong ingatkan apa yang berlaku.

Yang lain aku tak terfikirkan lagi. aku harap ada orang nak tolong aku bila aku tetiba hilang ingatan suatu hari nanti. 

siput lagi laju

Salam semua,

Semakin hari semakin malas nak menulis kat sini. Kehidupan macam semakin sempit tak cukup masa je. Ke aku semakin hilang arah dan pentingkan duniawi je. Hari-hari fikirkan kerja dan bila cuti sibuk mengemas rumah. Waktu lapang yang patut keluar jenjalan aku habiskan rehat dan tidur di rumah. Bagi aku cukup heaven bila dapat rehat sekarang.

Kerja sekarang memang menggila. Harini office kosong. Ramai bercuti since cuti sekolah dah start. Aku baru balik dari rest tadi. Lunch lamb chop. Sungguh western tapi minum milo ais so jadi kampung terus. Otak macam bengang sikit sebab ada kerja yang delay. Banyak ragam bila orang atas tak puas hati. Bosan jugak tapi layankan jugak.

Teringin nak tukar kerja sebenarnya. Or mungkin kerja aku sendiri. maksud aku bisness aku la. Nak jual apa? Boleh ke? Mungkin ke berjaya atau aku ni hangat-hangat tahi ayam je.

Baru teringat aritu nak post pasal cancer wanita tu kan? Lain kali jela. Aku buat kerja macam siput arini. Satu persatu. Bila nak siap ni. Penat betul. Fiuh. Monday oh Monday kenapa kau ditakdirkan macam ni. Kesian betul jadi isnin. Kalau dia tahu orang tak suka dia mesti dia nak bunuh diri. Aiseh ok dah mengarut.

Mar 5, 2012

Quick upDate

Salam. Tengah menunggu en suami n adik ipar dari Puncak Alam. Ada emergency case. Anak saudara meraung nampak sesuatu dalam rumah dia. Kakak aku punya kalut. Kami kat rumah tengah menunggu berita. Tadi suami call dah ikhtiarkan berubat kat rumah pak cik yang selalu kami rujuk tu. Alhamdulillah Cuma anak saudara aku tu takut sikit la.

Aku tidurkan Ikhwan tadi. Nice anak mama. Tak nangis pun jenjalan arini. Ramai puji Ikhwan anak yang baik kan? InsyaAllah jadi anak soleh ye sayang. 

Mar 1, 2012

aku Mengandung?

Salam,

Dah seminggu kot aku pening-pening kepala pusing-pusing nak muntah. Opss bukan mengandung ok tapi aku memang tak sihat. Aishh mungkin tekanan kerja yang meninggi gunung so aku pun pressure tahap gaban. Saat aku menaip entry ni aku masih lagi pening-pening walaupun dah makan ubat. So nak cite sket pasal aku g clinic semalam.

Pas makan malam free kat rumah mak BS so aku meneruskan perjalanan ke clinic. Macam jauh je kan tulis camtuh. Owh yea makan free tu aku bedal 3 ketul ayam tua a.k.a pencen. Sedap tol. Ayam masak lemak cili padi. Terbaik la. Pas kenyang dan ucapkan terima kasih, beredar dan sampai di clinic. Mujur masa sampai tak ramai orang so masuk terus.

Senyum-senyum depan doc citer sikit-sikit then dia suspect aku mengandung. Oh tidak. Dia suh wat urine test before dia bagi ubat. Aku dah dup dap ni, rasanya yakin tak mengandung sebab aku memang menjaga. Tak kan la kan.hahhaha. dia kata blood pressure aku ok, temperature pun ok. so dengan jayanya g tandas check urine.

Punya berdebar tunggu result. Lama wooh doctor ni. Dan bila aku dipanggil semula doc senyum dan akhirnya keputusan ialah negative. Yes. Rasa nak jerit. Satu kejayaan la tu. Seram dol. Pastu doc explain cecair dalam telinga aku imbalance dan takde factor pun penyebab jadi cmni, semuanya spontaneous.

Doc bagi ubat then dapat MC. Aku tak MC pun. Banyak benda nak setel. Masa aku melepak tunggu doc nak panggil aku ada amik pemplat pasal breast cancer. Next entry aku akan share pe aku baca ok. penting tu. Aku tak da keberanian lagi nak wat check pap smear. Ada sesiapa pernah buat check tu?

Cer imagine aku mengandung masa ikhwan tak sampai setahun lagi? sian ikhwan kan? Hiihihih.