Nuffnang BH

Jan 3, 2012

Mungkin pelik mungkin benar

Perempuan cantik dan seksi

Mungkin dia percaya dia tu cantik dan mungkin ada orang pernah cakap orang yang cantik luaran ni  tak semestinya cantik kat ‘dalaman’ kat dia . So dia nekad untuk membuktikan dia memang cantik luar dan dalam, kenalah tunjuk. Dia takda la rasa bersalah sangat sebab bukan dia sengaja pun nak tunjuk, Cuma nak bukitkan kata-kata orang kat luar sana tu salah je. Tu yang terkeluar komen-komen kata “seksi juga adalah fesyen”. Kepala hangguk kau.

Perempuan kurang cantik kurang lawa

Dah memang sedar muka kureng, terpaksa la tunjuk yang cantik sikit. Baru la ada orang pandang. Pakai baju kebaya ketat, pastu kain terbelah nampak betis, barulah orang akan pandang. Kan terpaksa jugak tunjuk, bukan niat dia nak seksi meksi ni. Terpaksa la konon.

Eskelator tak sepanjang/seluas tangga kat LRT/Star stesen

Mungkin orang yang mereka cipta eskelator ni memikirkan soal keselamatan para pengguna la kot. Bila semakin luas/panjang eskelator tu semakin membahayakan pengguna. Yela benda tu kan bergerak, buatnya ada yang tersungkur sebab takda tempat nak pegang kan haru. Tapi kewujudan escalator yang sedia ada ni memang aku tak berapa minat. Sempit. Nak2 kalau peak hour. Orang sebuk nak cepat ada la yang gatal2 berdiri di sebelah kanan and stop. Stupid betul. Mungkin yang stop sebelah kanan tak pernah pandang atau baca sign yang pihak stesen letak kan. “Please stand on the left to let other pass”. Lebih kurang la kot.

Priority seat dalam Putra/Star

Dah cantik  poster dalam train diaorang tampal suh bagi seat pada golongan kurang upaya seperti ibu mengandung, warga emas, orang yang sakit etc. Tapi still ada golongan yang zalim dan takda sivik buat derk je bila hadapi situasi ni. Kalau betul2 memang tak sihat ok la. Tapi yang segar bugar siap leh baca paper and main henset memang tak boleh diterima akal. Mungkin masing2 ada alasan tersendiri. Alasan kukuh mungkin. Mungkin diaorang ingat pompuan yang macam mengandung tu sebenarnya tak mengandung. Mungkin perut tu nampak buncit je. Yela kang offer kang rupenya dia tak mengandung. Buat malukan orang je huuhuhuh.. sebab tu lebih baik diam kan diri dari bagi orang duduk. Takut malu. Hihiih

Kereta besar mewah dan bergaya

Apa saja kereta yang lebih mahal, bergaya dan lebih besar dari kereta laki aku dah dikategorikan sebagai mewah. Sekarang aku pakai perodua je. Yang peliknya bila kat jalan raya kereta yang kecik2 dan tak berapa nak mewah ni pandai hormatkan pengguna lain, tak pandai bagi signal bila nak mencelah etc. Yang meluatnya kereta mewah dan besar ni berlagak tak nak kasik signal, pakai redah je. Ingat apa? Jalan tu kau punya. Tapi mungkin dia ingat yang kecik selalu mengalah kepada yang besar. Tu sebab diaorang tak bagi signal. Pandu ikut suka hati. 

2 comments:

  1. aku benci keta mewah yg drivernye berlagak...hek eleh eksiden kemek serupa gak...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.