Nuffnang BH

Jan 3, 2012

kenangan lalu

2010 hampir ke penghujung.

Tuhan,

Dengarlah luahan hati hambaMu ini. Aku ingin berkongsi rasa tapi seakan tiada tempat mengadu. Mengapa ujian untukku macam tak pernah putus. Aku bukanlah sekuat mana, iman juga bukanlah setebal mana. Poket apatah lagi. Hampir putus asa. Hampir menitiskan air mata.

Tuhan,

Berikan aku kekuatan. Adakah kerana aku minta kekuatan jadi aku juga diberikan ujian supaya impian aku untuk kuat dimakbulkan? Kuat setelah Berjaya menempuh ujian. Tapi, jika aku tewas dalam ujianMu? Harus bagaimana?

Tuhan,

Jika benar ini yang ditakdirkan untukku maka aku harus benar-benar redha, yakin, dan lapang dada untuk semua ini. Maafkan aku Tuhan andai aku kadang-kadang terlupa, tergelincir dari landasan, dan lupa diri.

Tuhan,

Kenapa aku merasakan tiada jawapan untuk setiap persoalan. Tiada penyelesaian untuk kebuntuan. Kenapa? Aku kah yang tidak bersyukur?

*ini sepatutnya aku post tahun 2010 tapi aku peram je..kenapa yer?

1 comment:

  1. hehee xpe lambat post pun...kot2 ada tmbhn blh lg tambah kan...;p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.