Nuffnang BH

Jan 3, 2012

hadiah untuk diri

Saya mahu menulis tentang sesuatu yang gembira. Mahu buat hati gembira dan juga bahagia. Jadi saya menulis lagi pada diri sendiri...

1.      Saya hadiahkan kasut jenama J*** berharga sekitar RM 70 khas untuk kaki kerana selalu penat utk saya. Sanggup berjalan tanpa henti bila saya mahu lepaskan stress, mencari barangan keperluan serta macam2 lagi.

2.      Saya belikan ketam dan kemudian masak lemak cili padi hari sabtu lepas sebagai ganjaran untuk perut, kerana tidakselalu meragam pada tahun ni (jika bandingkan dengan tahun lepas selalu sakit perut)

3.      Saya bercadang nak belikan baby dgn pakaian baru. Bila dapat pakaian yang baru sekaligus membantu menaikkan semangat dan tahap keyakinan J

4.      Saya kasihan kan pergelangan tangan a.k.a tangan yang kelihatan kosong tanpa apa2 perhiasan so saya dah hadiahkan jam polo yg sy beli dgn harga yang murah selepas 70% discount..huhuhuuh

5.      Untuk menaikkan mood dan mencantikkan muka yang x seberapa nih, sy telah beli eye liner, perfume dan bedak compact dar ijenama yg sy sukai.

6.      Saya berjaya memujuk teman serumah untuk teman saya ke kedai gunting rambut. Saya harap rambut saya suka dengan penampilan barunya.