Nuffnang BH

Dec 19, 2011

MAke up dan conteng-conteng muka

Salam..dedulu aku boleh membebel dan bercakap tanpa henti walaupun mengarut untuk puaskan hati. Tapi sekarang bila 2 baris ayat mula la jari ketar-ketar nak taip macam pompuan kena Parkinson. Apekejadnya semua ini. Arghh sakit hati. Ok tadi beborak dengan kawan-kawan pasal make up. Sesiapa tak suka make up sila angkat tangan..saja Tanya..tak peduli pun suka make up ke tak..eh annoying nyer perangai. Ok silap-silap. Tanya lagi sekali..sesiapa suka make up tapi tak reti make up macam saya? Sila angguk saja..angkat tangan pun tak guna sebab aku tak Nampak. Gila gamaknya. Dalam otak dah plan dapat je gaji kali ni aku nak beli bedak compact baru, nak beli lip balm baru (sebelum ni xpernah beli rembat orang punya). Dan baru tersedar dah lama gila tak beli perfume. Owh kurang sifat pompuannya bila semua ni tak ada. Sedih.

Tamau janji dulu sebab macam last month konon-konon berazam nak beli bagai at the end duit untuk beli dah terbeli makanan..lol. harap sahaja bulan ini tabah tidak digoda dengan makanan lagi. Kasihankan muka ini Nampak huduh je hari-hari bila keluar bekerja. Yang untung mestilah perut. Cis.

Risau jugak bila dah kahwin penampilan agak kurang senonoh ni. Laki senang la, pakai baju smart sket xpayah calit-calit sembur perfume sebotol keluar rumah. Tapi pompuan kalau buat macam tu alamatnya terhasillah muka pompuan yang tak mandi pagi. Kenapa ye lelaki tak payah pakai bedak, gincu, celak bagai bila nak keluar rumah? Yang pompuan kena la berhias sikit atleast pakai celak nak elak orang pengsan tengok muka macam hampes..aku la tu.

Ok aku bebel nak berhias bukan untuk siapa pun untuk suami jugak. Sebab aku perasan je tiap kali laki aku selisih dengan pompuan lain mesti mata dia tengok je. Ah benci sakit hati, walau pompuan tu tak de lah sexy pun tapi still dia pandang. Macam mental lak aku kan..peduli apa. Moga berpahala jugak akhirnya. insyaAllah. 

2 comments:

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

make up utk jaga penampilan dan pikat hati laki la...
p/s:aku antara insan yg xsuka make up.haha serabai itulah aku..:)tp agak2 la kan,kena gak touchup sket2,lari lak org tgk nti..kui3

Dieya said...

kang xmake up jadi cam king kong lak hahhaha eh knapa mesti aku sebut king kong..confuse