Nuffnang BH

Dec 22, 2011

kenapa jadi orang lain bukan kita sendiri

Penyakit senget aku dah menyerang. Aku taip entry panjang-panjang idea mencurah-curah pastu aku delete sebab rasa macam tak best je. Then taip benda baru. Aish geram-geram. Dari pagi tadi aku duk ngantuk-ngantuk dalam train aku terpandang makhluk perempuan. Ok memula aku perhati muka dia. Kulit dia agak bermasalah and dia pakai make up. Sian kulit muka dia lemas tak bernafas. Pastu tengok-tengok lagi sambil menyamar sapu-sapu mata macam ngantuk la konon. Jahat betul tengok-tengok orang. La baru perasan dia tindik hidung. Ok ingat cantik kot.  Tak pa hidung you bukan hidung i. Teliti sampai la ke hujung kaki, eh dia pakai cincin macam oaring india tu. Dia pakai kat jari kaki. Dan aku mula nak muntah.

Kasihan sangat dengan orang yang macam ni. Kenapa kena lari dari identity sendiri. i mean you dilahirkan islam, berbangsa melayu kenapa nak pakai macam nak jadi orang lain. Diri tu tak cantik ke sampai nak tiru orang lain. Tak cakap makhluk perempuan tu je. Tengok jela kat luar tu ramai sangat yang nak jadi orang lain.
Berpada-pada la. Memang tak kan sempurna manusia tapi janganlah tersasar jauh sangat. tersasar sket senang nak patah balik, kalau sasar jauh sangat takut sesat lak. dengan skirt pendek, baju yang nipis, rambut karat. Owh. Saat ni aku terus berdoa supaya keturunan ku, sahabat-sahabatku, umat Islam semua jauh dari melakukan benda-benda yang aku sebut tadi. Nauzubillah.

Ya aku pun tak lari dari kekurangan menutup aurat tapi aku sedang cuba dan belajar. Elak kan diri dari buat dosa free. Cer bayangkan kat akhirat t kena seksa sebab tayang peha, tayang rambut, tayang semua tu. Eh tak nak bahagia akhirat ke?

3 comments:

Terima kasih sudi comment.