Nuffnang BH

Nov 24, 2011

orang dah kahwin paham kot entry ni..kotla

(dah ada anak aku ni..yeah)


Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entry aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri. Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.

Jimat.

Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya. Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.
Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya. Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out.

Sentuhan Elektrik.

Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak. Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.
Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak. Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.

Suprise.

Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB. Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.
dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah. Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.

Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah.