Nuffnang BH

Nov 25, 2011

makhluk: haruskah kau tiada di muka bumi ini

xbole bunuh2 okes..

Tadi kawan aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia. Masalah kami sama so memang kena la buku dengan ruas (entah aku lupa peribahasa, tak taw betul ke x). Masing-masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Memang ada sesalan. Sesal kenapa semua terjadi. ada salah kat mana-mana ke? Kelemahan dalam hidup ke? Puas fikir sampai effect kehidupan seharian. Sumpah kalau membunuh tu dibenarkan dalam islam dan Negara memang dah lama aku membunuh. Naluri karnivor/pendendam membuak-buak.  Aku dah duduk, tarik nafas dan berfikir habis-habisan. End up dengan solution paling simple. Angkat bontot dan jangan campur urusan makhluk yang aku tak suka tu. Walaupun dia darah daging aku sendiri.

Air mata, tenaga, perasaan aku terlalu mahal untuk aku bazirkan untuk dia. Tak berbaloi. Kalau tanya aku sayang kat dia tak? Aku akan fikir sejuta kali. Kalau bagi upah 3 juta untuk jaga dia aku akan tolak. Aku serius. Dulu aku pernah doa mintak kat Allah supaya sesorang yang penting dalam hidup aku mati cepat (sebab aku rasa keadaan AKAN jadi lebih elok) tapi sebenarnya TIDAK. Dan aku MENYESAL. Jadi aku tak nak menyesal ke dua kali. Aku doa kat Allah supaya makhluk ni berjaya dan tak susahkan sesiapa. Supaya tak ada kesesalan.

Puas aku berfikir positif tapi last-last aku fed up and give up. Banyak peluang disia-siakan. Aku tenang bila aku tak fikir tentang dia. Mungkin kalau aku tulis cerita pasal makhluk ni, then aku suh David Teoh produce jadi filem boleh laku kot. Mana taw boleh menang anugerah Skrin. Cerita air mata ni melayu suka. Meleleh air mata tengok. Nak pulak cerita anak derhaka.  Ending dia aku nak makhluk ni insaf pastu menderita 3 ke 4 tahun macam tak leh bercakap tapi leh bergerak supaya dia xsusahkan orang makan minum n berak. Pastu mati kah3.