Nuffnang BH

Nov 3, 2011

Dulu aku kutip kacang; Skang Budak ni kutip baja tanaman.


Rasanya semua orang ada baca cover page metro arini. Tersengih aku sengsorang bila baca header dia. Tak da la lawak mana pun Cuma teringat aku dedulu cmtu la gak perangai. Pengutip. Hiihih Hah sekali baca berita kat metro tadi budak kecik telan baja tanaman yang disangka gula-gula. Aku sengih-sengih pun aku still rasa kesian budak tu kena operate. Sakit tu. Dengan wayar kat tangan. Aku paling benci kena macam tu. Terbayang kalau la anak aku kena alahai takut betul.

Budak tu telan banyak jugak kot, yang menakutkan ialah masa mak dia nampak anak dia telan ‘gula-gula’ tu just sebesar kacang, after few days anak dia vomit dan keluar baja tu sebesar guli. Aiyoo takut. Baja tanaman tu boleh membesar berkali ganda saiznya if rendam dalam air. Dah sangkut kat usus kecik sah2 ada air kan..

Aku kuat mengutip masa umur 5/6 tahun jugak kot baru hilang tabiat tu. Paling last aku ingat aku tengah syok duduk kat beranda rumah, melepak dengan abang aku yang no 2. Beranda rumah aku dulu beranda kayu. So ada la celah-celah kayu tu macam habuk, serpihan makanan kecil, dan macam-macam kotoran lagi. masa kecik mana amik kisah kotor ke bersih. Selamba tak pandang kiri kanan bila aku ternampak kacang kat celahan kayu tu, jari automatik kutip dan masuk mulut.

Sebelum sempat kacang tu singgah kat mulut abang aku tadi tengking sekuat hati. Amik kau, sebab terperanjat kacang tu terpelanting mana tah. Tu la last aku kutip makanan. Takut punya pasal. Pas tu aku tak mengutip dah.

adik ifti ilya Farhana