Nuffnang BH

Oct 4, 2011

xtaw nak letak tajuk ape..belasah ajelah


Aku macam manusia biasa lain yang hidup di bumi Allah ni. Hidup aku bukanlah hanya dikelilingi kesedihan je. Ada masa aku gembira dan ada masa aku bersedih. Majoritinya kesedihan aku luahkan diblog ni dan kegembiraan aku nikmati secara sederhana dalam kehidupan aku. Aku tak mencatatnya. Mungkin terlalu gembira dan malas nak menulis.

Dah lama aku tak jadi sesempoi dulu. Semenjak usia nak menginjak ke umur 26 ni; otak jadi skema sangat. Berubah 360 darjah rasanya. Tak kan aku dah melahirkan seorang manusia aku berubah sekelip mata? Tak kan aku dah jadi bini orang aku berubah? Eh. So no 25 no berpuaka? Eh lagi.

Untuk membuktikan aku bukanlah hidup dalam kesedihan seperti cerita cinderella sebelum jumpa putera idaman dia so aku terfikir beberapa perkara; benda yang buat aku gembira sekarang ni.
  1. my baby; my son : mungkin after this entry aku banyak berkisar pasal budak gemuk ni. Dengan pipi dia yang menjelejeh terkeluar, mulut asyik terbukak (ikut aku la tu), kuat minum susu. Rasa nak cubit2 dan geget2.
  2. hal yang bahagia; akan cuba update entry yang buat aku tersenyum. Yela terfikir jugak, penulisan mencerminkan kehidupan seseorang so try nak berubah la ni. Bosan gak bila aku baca pasal kisah sedih aku je. Macam lah dunia nak berakhir. Cit poodah. 
  3. Journey of my life; termasuk hal kerja. Lepas berpantang ni aku dah masuk kerja baru dengan tanggungjawab baru. Persekitaran baru dan semua yang baru2. hatta meja dan kerusi sekalipun.
Dan aku berharap aku masih menulis dan kuat macam tiger dan boleh update entry dan boleh bergembira dan sewaktu dengannya. Perasan tak aku cuba alirkan tenaga positif dalam entry aku kali ni sebagai langkah pertama untuk berubah. Ada nampak? Kalau tak nampak maksudnya tak terer la tu. Sekian.


lelaki2 yang buat aku bahagia