Nuffnang BH

Oct 4, 2011

PEngalaman BerSalin..my First BAby

presenting..my babyboiboiboi
Salam. 

Kali ni tergerak hati nak share pengalaman bersalin haritu. Laptop tetiba nak wat hal..aiyoo kacau mood betul. Ok back to topic, bersalin. Rasa macam tamau ingat pengalaman tu hihiih. Sakit betul la.

31 August 2011 –

hari raya ke 2; excited berhari raya di kampung sebelah arwah abah. Konvoi adk beradik try habiskan beraya di rumah pak ngah, mak teh, cik ani and pakcu. Nak pergi rumah pak jang tapi kesuntukkan masa. Dalam otak masing-masing dah plan raya ke 3 akan berkonvoi ke rumah saudara sebelah mak pulak. Ke negeri Sembilan. Sampai rumah dalam 11 lebih. Penat tuhan je yang tahu. Masa tu dah berdoa agar bersalin raya ke 4/5 supaya aku dapat beraya kat Bahau. Hari tu banyak tul tangga tinggi aku kena turun naik. Maklumlah rumah kampung.

01 september 2011 – 

hari raya ke 3; balik beraya aku just cuci muka, basuh apa yang patut dan kemudian tukar baju t-shirt and kain batik. Oleh sebab penat semua ahli keluarga duduk melepak tengok tv sebelum masuk tidur. Suami memang mengantuk tapi segan kat ipar duai yang lain if masuk tidur awal. So aku melepak sengsorang dalam bilik. Elok2 aku duduk kat hujung katil tiba2 aku dengar bunyi tup2 sesuatu telah pecah kuang3. Eh apa ye..hahhaha aku rasa macam air ketuban tapi..terus jerit kat mak. Perjuangan bermula...kelam kabut semua orang tapi aku? cool je sebab kalau aku kalut aku takut t..masa tu kul 1 pagi. Dan terus bergegas capai apa yang patut menuju ke hospital.

01 september 2011 – 

hari raya ke 3; sampai di hospital at 2 a.m, suami sangat kalut sampai dia dia langgar semua bonggol masa tolak wheelchair aku masuk kat registration room. Daftar semua then aku kena duduk kat wad sementara tu. Perut tak sakit sangat tapi air ketuban tak berhenti keluar lagi. dalam 3 pagi, doctor check heart beat baby guna mesin apa tah, aku penat so baby pun sama la. Tak aktif sangat. pastu ada doc muda lelaki check bukaan. Masa tu baru 1 cm. Aku relax lagi. lama2 bosan. Start 3 am ke atas aku tak senang duduk dah. Sakit menyerang. Perasaan malu hilang sebab aku risau tentang sakit nak bersalin terlebih.

3.25 am; 

Alhamdulillah bukaan cepat, start 1cm, 3cm, 4cm, dan kemudian 8cm. Masa 8cm masa tu dah dekat pukul 7 a.m. sakit dia tuhan je yang tahu. Sebelum tu, nurse bagi aku keluar jumpa suami and aku duk skejap dengan akak aku yang teman g hospital. nurse suh sabar sebab bilik full. So if aku nak terberanak macamana sekalipun aku kena hold. Dalam hati aku menyumpah. Mulut tak dapat nak baca surah apa2 dah sebab tahan sakit. Aku menangis. Asyik bertakbir je aku bilik nurse suh baring kat katil and hold. Bila aku dah tak tahan sangat nurse check bukaan dah 8 cm diaorg pun start gelabah readykan bilik lain.

7.15a.m; 

aku dah ditolak masuk room mana tah. Extra room la sbb bilik bersalin lain penuh. Aku sorang2 je. Doctor semua takda so nurse je yang sambut baby aku. masa nurse suh push n pegang kaki tu yang aku blur. Aku dah tak da energy nak push plus aku confuse nak meneran cmna. Aku teran kat leher n muka. Bukan teran kat bawah. Bergelut hampir 15minit untuk push. Nurse tu bagi warning, dia bagi aku sejam je untuk push if tak diaorang kena wat cara lain mean ceaser la kot. Adehla. Terus aku takut and cuba sebaik mungkin. Memang gila aku teran, then nurse cakap saya gunting sikit ya nak tolong baby keluar ni. Aku tak sempat jawab pe2 dah lantak kau nak buat apa (cakap dalam hati) ok dengar dia gunting kat bawah tu. Ngeri k. suami tak putus asa suh aku mencuba push. Dia usap kepala and cium dahi. Insaf dia sekejap. Aku siap suh dia tolong tarik kaki aku sekali sebab tak larat sangat dah.

7.35 a.m; 

aku dengar bunyi ‘plop’ baby keluar. Tapi takda tangisan. Masa tu cepat2 nurse amik gunting tali pusat pastu dia bagi aku suh touch letak kat dada and dia kata ni ‘bonding’ ye. Supaya anak kenal ibu dia. Mcm first touch la. Tapi anak aku tak menangis. Aku dah start risau. Anak aku lemas aku rasa, sebab lama stuck kat ‘pintu’, aku asyik tak jadi push je. Aku tengok baby aku warna biru. Then nurse bergegas bawak baby ke bilik lain. Dia suh suami tunggu kat luar. Dalam hati aku berdoa tak da apa2 jadi kat anak aku. Pas dia setel uruskan aku, jahit (aku tak nak cerita part ni sebab masih terasa ngilu lagi). at 10 a.m baru nurse datang bawak anak aku suh bagi susu. Owh kekok. Kelakar semua ada. Eh dah jadi mak? Ok habis cerita. Sambung nanti.

2 comments:

~YUN~ said...

senangya pecah air ketuban,hehe!alhamdulillah..lega kan bila baby keluar!=)

cik aisha said...

haha...teringat zaman dolu2 membayangkan ktkutan nak beranak..kui3.dah selamat dah pun..;p