Nuffnang BH

Oct 4, 2011

hati Yang Tak TenteRam


Bukan semua apa yang kita nak boleh kita dapat dalam hidup ni. Hidup ni adil. Kepada semua orang. Paling tepat; Penciptanya, Allah S.W.T. adil dan saksama. Serigkali manusia mengeluh mendapat kesenangan yang terlalu sedikit sedangkan banyak pada pandangan mata kasar orang lain. Begitulah sebaliknya. Jadi seharusnya bersyukur dari mengeluh. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.




Aku rasa apa yang berlaku tidak benar. Tidak kena dan tidak tepat. Jadi aku mengeluh, aku marah dan aku berdendam. Aku jadi baran dan pemarah. Sampai satu tahap dan ketika aku kalah dengan perasaan tu dan buat aku jadi orang paling teruk di dunia. Akhirnya aku menangis mengenangkan nasib sendiri. Aku cuba mengubah tapi aku sering kalah dengan perasaan sendiri. Rasa putus asa bila orang tak menghargai. Rasa tercabar dan rasa diperlekehkan. Jadi aku memilih untuk berdiam. Aku sudah cuba dan berusaha. Aku cuba untuk menolong tapi gagal; aku mengawal diri untuk membenci juga gagal. Aku cuba bertahan. Demi kebahagiaan orang lain. Untuk ketenteraman sementara.



Bila rindu itu mengetuk pintu hati; perasaan menghargai akan menyerbu masuk, meresap ke seluruh jiwa. Bila di depan mata segalanya tak kena dan bila tiada di depan mata, bayangan itu yang dicari. Mahu menjerit tiada guna, mahu menangis macam orang gila. Benar kata pujangga hargailah apa sahaja di depan mata. Jangan bila kehilangan baru teraba-raba mencari dimana. 



*credit to google image for pictures