Nuffnang BH

Oct 26, 2011

bahagia..ku bahagia..kau ada?

Minggu ni minggu aku bahagia. Ada sesiapa lagi yang bahagia, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Yeah. Bahagia tu datang dari bermacam cara. Ada yang pas makan akan rasa bahagia sangat, ada yang pas shopping bahagia terlebih dan macam-macam lagi la. Bahagia aku datang dari orang sekeliling yang aku panggil kawan. Terima kasih kawan-kawan. Sebab kawan aku lebih dari 1 so ramailah. Alhamdulillah.

Semua kawan datang nak tengok anak kesayangan aku, ikhwan hafeez. Murah rezeki dia. Macam-macam orang sedekah kat anak mama. Semua puji mata ikhwan. Cantik. Menarik hati. Rasanya ikut mata abah dia kot, mata yang buat aku gila bayang dulu-dulu.

Aku masih gembira ni. Pastu ditambah gembira sebab dapat wat video call dengan mak tadi. Feeling omputeh sekejap la. Macam duk obersea la kengkonon. Ada la dalam 10 minit mengarut. Dapat tengok muka mak so lega la. Then orang kat kampung nak tengok muka ikhwan ajer..ikhwan lagik..huh hihihiihih

p/s: Suami aku pesan jangan di buang kawan yang ada. Sekian

mak terchinta & ikhwan anak mama

family yang bahagia

+
+
+
+

kawan yang memahami