Nuffnang BH

Oct 4, 2011

aku mencarut..kau?

aku bukanlah seorang lelaki *xde kaitan


Pernah mencarut? Berapa kali korang mencarut dalam satu hari? Tak pernah? Macam tipu jer? Sekali? Sepuluh? Or beriban kali mencarut. Dedulu aku tak mencarut sebab;

  1. aku seorang yang sabar. Angkat bakul la huhuhu.
  2. Dedulu aku sopan sangat2. mencarut itu kurang hajar. So tak mau mencarut.
  3. mencarut melambangkan kekasaran dalam kehidupan even aku memang boyish dari remaja lagi. Tapi boyish2 aku tak mencarut, tak kelas la nak mencarut.
  4. mencarut meninggalkan kesan buruk pada peribadi. Eh macam ayat motivasi pagi di tv3 pulak.
  5. mencarut itu orang yang tak beretika. Maksud etika? Jangan Tanya aku, aku pun tak taw main guna je sebab bunyik cam best.
  6. udah la bagi alasan bosan sangat panjang2
tapi kini tidak lagi (baca: antonasi haruslah seperti pelanggan yang berjaya menghilangkan jerawat dalam iklan penjagaan wajah). Aku mencarut? Of cos YA. Ya Allah kenapa nyah?
  1. persekitaran membuatkan aku bermulut celupar. Salahkan orang lain kuang3
  2. kesabaran mula menipis macam buah pisang yang dikupas kulitnya.
  3. sengaja nak nampak ganas. Atuk kau. Hahahhaha
  4. aku dah tak peduli tentang etika dan ketatasusila an.
  5. motivasi kurang semenjak meninggalkan alam persekolah.
  6. dikelilingi orang yang perangai seakan2 beruk yang tak cukup umur.
Mencarut aku pun tak de la ganas sangat. Aku still bertapis. Kira tahap junior la, nak mencarut tahap senior memang kena lempang dengan laki aku. Selalu aku mencarut aku sebut;

  1. hanjing kau – kalau marah dan tak tersedar mencarut
  2. oh *sebut kemaluan wanita* - ni sebab terperanjat bila barang jatuh or bunyi meletup
  3. cilake – sengaja sebut kalau nak rasa happy lepas marah orang
  4. atuk kau – selalu aku carut kat adik beradik, anak sedara; besenya diaorg reply balik; atuk aku, atuk kau jugak sengal.
  5. babi – tapi besenya aku sebut pig la..nak nampak carutan yang lebih high class itulah pentingnya English education), kelas kau jah.
Now mencarut jadik cam habit. Mencarut tu tak baik. Sekarang dah ada anak. Kang anak aku follow aku sebut kan naya. So aku bermotivasi nak kurangkan mencarut dan tingkatkan prestasi dengan berzikir. Astagfirullah.

Korang mencarut? Renung2kan. 


1 comment:

  1. gantikan dengan perkataan zikir...insyaallah anda mampu mengubahnya..hehee.jgn terus jdkn habit...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.