Nuffnang BH

Oct 26, 2011

bahagia..ku bahagia..kau ada?

Minggu ni minggu aku bahagia. Ada sesiapa lagi yang bahagia, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Yeah. Bahagia tu datang dari bermacam cara. Ada yang pas makan akan rasa bahagia sangat, ada yang pas shopping bahagia terlebih dan macam-macam lagi la. Bahagia aku datang dari orang sekeliling yang aku panggil kawan. Terima kasih kawan-kawan. Sebab kawan aku lebih dari 1 so ramailah. Alhamdulillah.

Semua kawan datang nak tengok anak kesayangan aku, ikhwan hafeez. Murah rezeki dia. Macam-macam orang sedekah kat anak mama. Semua puji mata ikhwan. Cantik. Menarik hati. Rasanya ikut mata abah dia kot, mata yang buat aku gila bayang dulu-dulu.

Aku masih gembira ni. Pastu ditambah gembira sebab dapat wat video call dengan mak tadi. Feeling omputeh sekejap la. Macam duk obersea la kengkonon. Ada la dalam 10 minit mengarut. Dapat tengok muka mak so lega la. Then orang kat kampung nak tengok muka ikhwan ajer..ikhwan lagik..huh hihihiihih

p/s: Suami aku pesan jangan di buang kawan yang ada. Sekian

mak terchinta & ikhwan anak mama

family yang bahagia

+
+
+
+

kawan yang memahami


Oct 25, 2011

saya baru lepas makan sotong masak kari..

Salam,

Dikesempatan anak aku tidur ni sengaja update entry. Perut tengah penuh, kenyang bebenor lepas lunch tadi. Arini gigih masak sotong masak kari. Aku ni dari kecik tak berapa minat makan kari ni. Nak masak pun tak berapa reti la. Dedulu if aku masak pun tak tengok la. Sebab memang betul-betul jarang masak. Sekarang dah susah sebab suami aku hantu kari. So nak pikat perut suami kena la belajar.

Masa aku dalam pantang dulu, mak cik tukang urut ada tanya aku pasal jahitan luka bawah masa bersalin, then aku cakaplah tiga lapis jahit. Nak kata besar, bolehlah tahan. Pastu mak aku menyampuk, cakap aku ni dari kecik kurang makan kari and rempah semua ni. So daging jadi lembik dan senang terkoyak. So pasni aku nak selalukan jugakla makan kari semua ni. Nak bagi daging kental n kenyal.. yeke? Belasah jela.

Oct 20, 2011

entry takde motif

Ni taip sebab bosan. Bosan encik suami tak balik dari office lagi so macam frust menonggeng bila jaga anak sorang-sorang. Penat tuh. nak mengarut pun takda idea. Tadi jalan-jalan kat blog orang and semak-semak mukabuku yang amat membosankan tu. Ingat nak chat dengan sapa-sapa yang online tapi apekejadahnya maghrib-mghrib orang nak layan. Orang sibuk nak solat je.

Aku? ye nak solat la ni. Takut baby terjaga and melalak so terpaksa la solat kat tepi dia ni, kat ruang tamu. Ceh macam besar je rumah tamu nak tulis kat sini.

Online sebenarnya nak tolong anak sedara applykan sekolah teknik dia, cam bengong-bengong lak sebab aku tak taw yang just boleh mintak 1 sekolah je. Sebab sekali isi and if nak apply lagik kire just update info bukan permohonan baru. Nak kena tanya semula la mana pilihan hati mak dia nak suh anak dia belajar kat negeri mana.
Ok dah la kot. Bye. Entry tak de motif.

Oct 18, 2011

entry mati

Abah,
Kalau abah ada yah nak bagitaw badan yah sihat tapi hati dan otak yah sakit.
Yah nak cerita semua masalah yang berlaku sejak abah takda
Perit, sakit, pedih hati ni bila tengok orang lain ada abah, tempat mengadu

Abah,
Mak pun rindukan abah, kami semua
Mak selalu sebut pasal abah, dan selalu terkeluar dari mulut mak ‘kalaulah abah ada..
Bukan bermakna mak tak redho dengan pemergian abah...tapi..

Abah,
Sejak abah takda perangai adik semakin teruk, dia jadi kurang ajar
Yah tak tahu kenapa adik berubah, dia tak hormati semua orang
Yah tak tahu nak buat apa lagi

Abah,
Kesian mak, mak tanggung sorang diri. Semua kesedihan mak telan
Kalau boleh ditukarkan tempat, yah sanggup mati dulu..biar abah temankan mak
Biar abah dapat kawal dan marah adik.

Abah,
Jiwa yah amat sengsara, puas dah yah berikhtiar buat sehabis baik untuk sedarkan adik..
Tapi adik tetap dengan dunia dia

Abah,
Abah dengar tak luahan hati yah..

Oct 7, 2011

emo-siii la sangat..menyampah

salam. Wargh apa khabar KL sekarang, pe pekdah aku tny khabar KL ni? Ok takde motif. Skang aku tengah emosi. Sambil tangan kanan enjut buaian, tangan kiri lak sebuk menaip keyboard laptop ni. Arini ari jumaat. Dah hari 37 aku berpantang, jauh dari suami dan hanya berjumpa suami bila weekend je. Macam la serius sangat masalah tak jumpa suami kan? Menyampah. Ok teruskan. Ok bila berjauhan mulalah terbit perasaan rindu tu, bila rindu mula la nak bermanja-manja, da jauh adatlah. Mesej henpon buruk sony tu jela penyambung kasih sayang.
rasanya semua perkara nak bagitahu suami bila rindu, anak belajar tidur dalam buaian, makan sup ayam sedap mak buat tadi, mak nak terus jaga cucu dia bila habis pantang nanti dan macam-macam lagi. eksited kemain menaip dan tak fikir panjang terus send. Sejam tunggu takda balasan, jam kedua, ketiga, dan seterusnya takda balasan jugak.
Sekarang rindu dah jadi dendam. Sebab sakit hati panggilan dan mesej tak berbalas, berangkat. Geram2. Tak jadi nak rindu. Menyampah adalah. Tak guna hak tuii. tadi bila laki call nak pujuk aku buat bodoh. dlam hati menjerit..yess padan muka. emo.
* entry emo bila isteri ketandusan kasih sayang.

Oct 4, 2011

PEngalaman BerSalin..my First BAby

presenting..my babyboiboiboi
Salam. 

Kali ni tergerak hati nak share pengalaman bersalin haritu. Laptop tetiba nak wat hal..aiyoo kacau mood betul. Ok back to topic, bersalin. Rasa macam tamau ingat pengalaman tu hihiih. Sakit betul la.

31 August 2011 –

hari raya ke 2; excited berhari raya di kampung sebelah arwah abah. Konvoi adk beradik try habiskan beraya di rumah pak ngah, mak teh, cik ani and pakcu. Nak pergi rumah pak jang tapi kesuntukkan masa. Dalam otak masing-masing dah plan raya ke 3 akan berkonvoi ke rumah saudara sebelah mak pulak. Ke negeri Sembilan. Sampai rumah dalam 11 lebih. Penat tuhan je yang tahu. Masa tu dah berdoa agar bersalin raya ke 4/5 supaya aku dapat beraya kat Bahau. Hari tu banyak tul tangga tinggi aku kena turun naik. Maklumlah rumah kampung.

01 september 2011 – 

hari raya ke 3; balik beraya aku just cuci muka, basuh apa yang patut dan kemudian tukar baju t-shirt and kain batik. Oleh sebab penat semua ahli keluarga duduk melepak tengok tv sebelum masuk tidur. Suami memang mengantuk tapi segan kat ipar duai yang lain if masuk tidur awal. So aku melepak sengsorang dalam bilik. Elok2 aku duduk kat hujung katil tiba2 aku dengar bunyi tup2 sesuatu telah pecah kuang3. Eh apa ye..hahhaha aku rasa macam air ketuban tapi..terus jerit kat mak. Perjuangan bermula...kelam kabut semua orang tapi aku? cool je sebab kalau aku kalut aku takut t..masa tu kul 1 pagi. Dan terus bergegas capai apa yang patut menuju ke hospital.

01 september 2011 – 

hari raya ke 3; sampai di hospital at 2 a.m, suami sangat kalut sampai dia dia langgar semua bonggol masa tolak wheelchair aku masuk kat registration room. Daftar semua then aku kena duduk kat wad sementara tu. Perut tak sakit sangat tapi air ketuban tak berhenti keluar lagi. dalam 3 pagi, doctor check heart beat baby guna mesin apa tah, aku penat so baby pun sama la. Tak aktif sangat. pastu ada doc muda lelaki check bukaan. Masa tu baru 1 cm. Aku relax lagi. lama2 bosan. Start 3 am ke atas aku tak senang duduk dah. Sakit menyerang. Perasaan malu hilang sebab aku risau tentang sakit nak bersalin terlebih.

3.25 am; 

Alhamdulillah bukaan cepat, start 1cm, 3cm, 4cm, dan kemudian 8cm. Masa 8cm masa tu dah dekat pukul 7 a.m. sakit dia tuhan je yang tahu. Sebelum tu, nurse bagi aku keluar jumpa suami and aku duk skejap dengan akak aku yang teman g hospital. nurse suh sabar sebab bilik full. So if aku nak terberanak macamana sekalipun aku kena hold. Dalam hati aku menyumpah. Mulut tak dapat nak baca surah apa2 dah sebab tahan sakit. Aku menangis. Asyik bertakbir je aku bilik nurse suh baring kat katil and hold. Bila aku dah tak tahan sangat nurse check bukaan dah 8 cm diaorg pun start gelabah readykan bilik lain.

7.15a.m; 

aku dah ditolak masuk room mana tah. Extra room la sbb bilik bersalin lain penuh. Aku sorang2 je. Doctor semua takda so nurse je yang sambut baby aku. masa nurse suh push n pegang kaki tu yang aku blur. Aku dah tak da energy nak push plus aku confuse nak meneran cmna. Aku teran kat leher n muka. Bukan teran kat bawah. Bergelut hampir 15minit untuk push. Nurse tu bagi warning, dia bagi aku sejam je untuk push if tak diaorang kena wat cara lain mean ceaser la kot. Adehla. Terus aku takut and cuba sebaik mungkin. Memang gila aku teran, then nurse cakap saya gunting sikit ya nak tolong baby keluar ni. Aku tak sempat jawab pe2 dah lantak kau nak buat apa (cakap dalam hati) ok dengar dia gunting kat bawah tu. Ngeri k. suami tak putus asa suh aku mencuba push. Dia usap kepala and cium dahi. Insaf dia sekejap. Aku siap suh dia tolong tarik kaki aku sekali sebab tak larat sangat dah.

7.35 a.m; 

aku dengar bunyi ‘plop’ baby keluar. Tapi takda tangisan. Masa tu cepat2 nurse amik gunting tali pusat pastu dia bagi aku suh touch letak kat dada and dia kata ni ‘bonding’ ye. Supaya anak kenal ibu dia. Mcm first touch la. Tapi anak aku tak menangis. Aku dah start risau. Anak aku lemas aku rasa, sebab lama stuck kat ‘pintu’, aku asyik tak jadi push je. Aku tengok baby aku warna biru. Then nurse bergegas bawak baby ke bilik lain. Dia suh suami tunggu kat luar. Dalam hati aku berdoa tak da apa2 jadi kat anak aku. Pas dia setel uruskan aku, jahit (aku tak nak cerita part ni sebab masih terasa ngilu lagi). at 10 a.m baru nurse datang bawak anak aku suh bagi susu. Owh kekok. Kelakar semua ada. Eh dah jadi mak? Ok habis cerita. Sambung nanti.

aku mencarut..kau?

aku bukanlah seorang lelaki *xde kaitan


Pernah mencarut? Berapa kali korang mencarut dalam satu hari? Tak pernah? Macam tipu jer? Sekali? Sepuluh? Or beriban kali mencarut. Dedulu aku tak mencarut sebab;

  1. aku seorang yang sabar. Angkat bakul la huhuhu.
  2. Dedulu aku sopan sangat2. mencarut itu kurang hajar. So tak mau mencarut.
  3. mencarut melambangkan kekasaran dalam kehidupan even aku memang boyish dari remaja lagi. Tapi boyish2 aku tak mencarut, tak kelas la nak mencarut.
  4. mencarut meninggalkan kesan buruk pada peribadi. Eh macam ayat motivasi pagi di tv3 pulak.
  5. mencarut itu orang yang tak beretika. Maksud etika? Jangan Tanya aku, aku pun tak taw main guna je sebab bunyik cam best.
  6. udah la bagi alasan bosan sangat panjang2
tapi kini tidak lagi (baca: antonasi haruslah seperti pelanggan yang berjaya menghilangkan jerawat dalam iklan penjagaan wajah). Aku mencarut? Of cos YA. Ya Allah kenapa nyah?
  1. persekitaran membuatkan aku bermulut celupar. Salahkan orang lain kuang3
  2. kesabaran mula menipis macam buah pisang yang dikupas kulitnya.
  3. sengaja nak nampak ganas. Atuk kau. Hahahhaha
  4. aku dah tak peduli tentang etika dan ketatasusila an.
  5. motivasi kurang semenjak meninggalkan alam persekolah.
  6. dikelilingi orang yang perangai seakan2 beruk yang tak cukup umur.
Mencarut aku pun tak de la ganas sangat. Aku still bertapis. Kira tahap junior la, nak mencarut tahap senior memang kena lempang dengan laki aku. Selalu aku mencarut aku sebut;

  1. hanjing kau – kalau marah dan tak tersedar mencarut
  2. oh *sebut kemaluan wanita* - ni sebab terperanjat bila barang jatuh or bunyi meletup
  3. cilake – sengaja sebut kalau nak rasa happy lepas marah orang
  4. atuk kau – selalu aku carut kat adik beradik, anak sedara; besenya diaorg reply balik; atuk aku, atuk kau jugak sengal.
  5. babi – tapi besenya aku sebut pig la..nak nampak carutan yang lebih high class itulah pentingnya English education), kelas kau jah.
Now mencarut jadik cam habit. Mencarut tu tak baik. Sekarang dah ada anak. Kang anak aku follow aku sebut kan naya. So aku bermotivasi nak kurangkan mencarut dan tingkatkan prestasi dengan berzikir. Astagfirullah.

Korang mencarut? Renung2kan. 


xtaw nak letak tajuk ape..belasah ajelah


Aku macam manusia biasa lain yang hidup di bumi Allah ni. Hidup aku bukanlah hanya dikelilingi kesedihan je. Ada masa aku gembira dan ada masa aku bersedih. Majoritinya kesedihan aku luahkan diblog ni dan kegembiraan aku nikmati secara sederhana dalam kehidupan aku. Aku tak mencatatnya. Mungkin terlalu gembira dan malas nak menulis.

Dah lama aku tak jadi sesempoi dulu. Semenjak usia nak menginjak ke umur 26 ni; otak jadi skema sangat. Berubah 360 darjah rasanya. Tak kan aku dah melahirkan seorang manusia aku berubah sekelip mata? Tak kan aku dah jadi bini orang aku berubah? Eh. So no 25 no berpuaka? Eh lagi.

Untuk membuktikan aku bukanlah hidup dalam kesedihan seperti cerita cinderella sebelum jumpa putera idaman dia so aku terfikir beberapa perkara; benda yang buat aku gembira sekarang ni.
  1. my baby; my son : mungkin after this entry aku banyak berkisar pasal budak gemuk ni. Dengan pipi dia yang menjelejeh terkeluar, mulut asyik terbukak (ikut aku la tu), kuat minum susu. Rasa nak cubit2 dan geget2.
  2. hal yang bahagia; akan cuba update entry yang buat aku tersenyum. Yela terfikir jugak, penulisan mencerminkan kehidupan seseorang so try nak berubah la ni. Bosan gak bila aku baca pasal kisah sedih aku je. Macam lah dunia nak berakhir. Cit poodah. 
  3. Journey of my life; termasuk hal kerja. Lepas berpantang ni aku dah masuk kerja baru dengan tanggungjawab baru. Persekitaran baru dan semua yang baru2. hatta meja dan kerusi sekalipun.
Dan aku berharap aku masih menulis dan kuat macam tiger dan boleh update entry dan boleh bergembira dan sewaktu dengannya. Perasan tak aku cuba alirkan tenaga positif dalam entry aku kali ni sebagai langkah pertama untuk berubah. Ada nampak? Kalau tak nampak maksudnya tak terer la tu. Sekian.


lelaki2 yang buat aku bahagia



hati Yang Tak TenteRam


Bukan semua apa yang kita nak boleh kita dapat dalam hidup ni. Hidup ni adil. Kepada semua orang. Paling tepat; Penciptanya, Allah S.W.T. adil dan saksama. Serigkali manusia mengeluh mendapat kesenangan yang terlalu sedikit sedangkan banyak pada pandangan mata kasar orang lain. Begitulah sebaliknya. Jadi seharusnya bersyukur dari mengeluh. Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.




Aku rasa apa yang berlaku tidak benar. Tidak kena dan tidak tepat. Jadi aku mengeluh, aku marah dan aku berdendam. Aku jadi baran dan pemarah. Sampai satu tahap dan ketika aku kalah dengan perasaan tu dan buat aku jadi orang paling teruk di dunia. Akhirnya aku menangis mengenangkan nasib sendiri. Aku cuba mengubah tapi aku sering kalah dengan perasaan sendiri. Rasa putus asa bila orang tak menghargai. Rasa tercabar dan rasa diperlekehkan. Jadi aku memilih untuk berdiam. Aku sudah cuba dan berusaha. Aku cuba untuk menolong tapi gagal; aku mengawal diri untuk membenci juga gagal. Aku cuba bertahan. Demi kebahagiaan orang lain. Untuk ketenteraman sementara.



Bila rindu itu mengetuk pintu hati; perasaan menghargai akan menyerbu masuk, meresap ke seluruh jiwa. Bila di depan mata segalanya tak kena dan bila tiada di depan mata, bayangan itu yang dicari. Mahu menjerit tiada guna, mahu menangis macam orang gila. Benar kata pujangga hargailah apa sahaja di depan mata. Jangan bila kehilangan baru teraba-raba mencari dimana. 



*credit to google image for pictures