Nuffnang BH

Sep 12, 2011

saya masih keliru

Harini hari ke 12 aku menjalani hidup sebagai ibu, mama, mak, umi, kepada seorang budak lelaki. Sambil tengok cermin dan jerit “OWH SAYA SEORANG IBU”. Perasaan itu menakutkan ye kawan2. 

Masa mengandung dulu memang dah start belajar nak menerima kenyataan yang aku akan menjadi seorang ibu. Masa awal kahwin dulu pun dah terfikir dan rasanya macam dah ready..tapi sebenarnya TAK. Ok tak boleh mengeluh sekarang tak ready semua la. Sebab baby dah selamat melihat dunia. Syukur ke hadrat Ilahi anak aku lahir jugak ke dunia. Macam tak percaya yang aku berjaya meneran dia keluar. 

Ok bukan senang nak meneran bagi keluar. Susah macam nak mati. Sebab banyak kali nurse tu ajar aku meneran ikut bontot bukan teran kat leher, yang aku panik bagai semua aku teran kan salah tu mana la baby nak keluar. Nanti aku try wat entry khas pengalaman bersalin la. Ni sekadar intro je la. Lama dah aku tak update, ni bosan berpantang ni yang bukak laptop ni.

Entry ni kalau di baca macam cacat sikit sebab otak keluar idea nak menaip, jari bertukar-tukar peranan sekejap menaip keyboard sekejap tepuk anak kat sebelah. Baby tengah tidur. Bila pandang muka anak sendiri mesti rasa pelik. Eh manusia ni aku la yang lahirkan dia. Perasaan aku masih cuak. Paham tak? Tak berapa paham kan? Aku cuak sebenarnya bila fikir masa hadapan. Ok suami insyaAllah sentiasa bersama tapi aku rasa tanggungjawab tu besar sangat. rasa kalau boleh pas tanggungjawab ni kat orang lain aku dah buat. Hiihihih.

Otak, pemikiran masih lagi bercelaru. Yang aku tahu sekarang nak susukan  baby, jaga baby, jaga diri, terus sihatkan badan dan bila kembali bekerja nanti aku harap aku dah cukup kuat untuk fikir langkah seterusnya. Sekarang just go with the flow. Ada masa aku update lagi. sekian.