Nuffnang BH

Sep 26, 2011

Bila Hati Hilang Sabar..Grrrrr

Salam. Lama sudah aku menyepi dari dunia blog. Dah tak da aktiviti berblog walking and comment2 entry sahabat lain. Masa aku hanya untuk aktiviti berpantang dan baby. Hari ni hari ke 26 aku berpantang. Baru sehari lepas aku mengalami masalah dengan jahitan bawah ni. Entah mana silap aku makan jadi pedih dan berdarah sikit. Tak banyak, sebesar biji sawi je.
Kali ni aku nak share tentang perasaan ketika berpantang. Mana yang boleh amik iktibar silakan. Yang buruk jangan ikutkan. Perasaan ketika berpantang memang 200% sensitive dari  biasa. Mudah tersentuh, sayu, cepat menangis, panas baran dan moody. Mood sentiasa swing. Keyakinan diri pun kurang. Apa lagi kalau menghadapi masalah penyusuan baby, baby meragam dan macam2 lagi.
Masa 2 minggu berpantang aku diuji agak kuat; sakit breast sebab masalah penyusuan; dan sedih berjauhan dengan suami. Sungguh tak kuat rasanya. Kalau mak tak ada bagi sokongan mesti aku gila da fed up sekarang ni. Terima kasih mak. Tiap kali mak lakukan sesuat untuk aku mesti aku menangis. Mulianya seorang ibu. Berkorban dan sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya.
Tempoh berpantang aku tak bersolat. Belum masih suci. Syaitan menyukai sangat2. Aku jadi cepat panas dan kurang waras. Aku hanya berzikir dan amalkan surah lazim yang aku hafal sebagai pendinding diri. Kuat dugaannya sebab aku kena berhadapan dengan lelaki yang dah baligh tapi otak dah rosak sepenuhnya. Dapat bayangkan?
Kuatkan diri aku sendiri sebab masih panjang perjalanan berpantang. Aku tak mahu cepat habis berpantang tapi aku mahu cepat sembuh. Pasti akan merindui perasaan ni bila aku kembali ke KL nanti.