Nuffnang BH

Aug 9, 2011

readY ke Nak KaHwiN



Salam. Kali ni aku nak bercakap pasal perkahwinan dari kaca mata aku. itu maksudnya adalah 100% pendapat aku berdasarkan apa yang aku lalui, rasa dan apa yang aku nampak di sekeliling aku. Aku di ijabkabul pada 2 Oct tahun lepas. Kalau kira dengan jari baru je nak masuk 8 bulan aku berkahwin. (la baru 8 bulan apsal aku rasa dah macam bertahun tahun?).

Pernah tengok drama melayu kan? Yang mak bapak kecoh bila anak lelaki or anak perempuan yang reject untuk kahwin awal atau lebih mementinkan kerjaya dari perkahwinan. Korang rasa kenapa lah makhluk-makhluk ni tak nak berkahwin? Macam-macam alasan akan keluar, nak enjoy dulu la, tak cukup duit lagi, tak jumpa pasangan yang memahami dan beribu alasan terkeluar dari mulut.
Bagi aku yang dah dan tengah melalui zaman perkahwinan ni sedikit sebanyak aku jumpa jawapannnya. Aku rasa aku macam perempuan normal lain yang melalui fasa kehidupan. Berjumpa, bercinta, berkahwin, dan punya anak (ni otw). Apa maksud perkahwinan sebenarnya. Dari segi istilah dan bahasa aku tak sempat nak google so aku kongsi jela istilah perkahwinan dari sudut pandangan aku. berkahwin maksudnya kesediaan menerima dan berkongsi.

Kalau boleh menerima dan berkongsi maksudnya anda layak untuk berkahwin. Manusia kat dunia ni dilahirkan dengan ego. Ada yang tinggi macam KLCC, ada yang sederhana, dan ada yang turun naik ikut keadaan. Kebolehan menerima dan ego amatlah berkait rapat. Sebagai contoh bila berkahwin; tema langsir rumah. Isteri nak warna cream tapi lelaki bertegas nak warna coklat. Ego akan masuk campur bila kena buat keputusan. Sampai bermasam muka bila pasangan tak dapat terima idea yang diberi. Walhal perkara remeh je. Bila terkeluarnya soalan; kenapa aku harus ikut cakap pasangan aku?  pilihan aku lebih baik, dan aku tak akan mengalah, tu tanda-tanda ego semakin menguasai diri. Matlamat sama Cuma jalan ke arahnya berbeza.
Yang kedua berkongsi. Kongsi harta benda, kesukaan, perasaan dan segala-galanya. Sanggup berkongsi? Sanggup berkorban untuk mendapat sikit daripada biasa?

Dalam hal yang mudah seperti beli barang-barang pun boleh jadi isu. Bayangkan suami kurang mampu menyediakan nafkah zahir; bila isteri beli baju baru menggunakan duit sendiri, secara automatik isteri akan teringatkan suami. Kalau masa bujang boleh beli baju berharga rm100 sehelai, tapi bila bersuami, isteri mula berkongsi . dah berkahwin isteri akan beli baju rm50 sehelai dan belikan suami baju rm50 jugak. Kesudian isteri untuk berkorban dan berkongsi yang penting. If korang dah boleh buat macam tu maknanya korang dah layak nak fikir hal kahwin ni. Kalau rasa belum, korang enjoy la dulu hidup solo ni.

Aku bagi contoh yang simple-simple je; sebab hal yang simple la membuatkan pasangan bergaduh. Memang la masa bercinta dulu sanggup berkorban apa saja, kalau makan boleh share 1 set McD makan berdua, dah berkahwin jangan haraplah. Mana cukup babe. Hahhahahah. Bila bercinta kita akan berjumpa sekejap je, paling lama pun tak jumpa bila balik tidur. Kalau dah kahwin pasangan tu 24/7 akan bersama. Banyak peel yang akan kita jumpa dan tahu. Kebaikkan keburukan masing-masing. So kebolehan menerima dan berkongsi sangat-sangat memainkan peranan penting.

Aku pun masih belajar menerima dan berkongsi.  Payah babe. Percayalah. Tapi tak mustahil kita berjaya. Kalau yang dah dapat seru nak berkahwin teruskanlah, mana yang ada kesempatan nak baiki diri eloklah korang fikir banyak kali. Masih tak terlambat. Aku menulis pasal entry kahwin ni pun bukan tak bagi korang kahwin, tapi fikirlah semasak-masaknya. Setiap saat kita belajar dari kehidupan jadi tak timbul soal menyesal kahwin awal or lambat. Yang dah terkahwin masih ada peluang nak perbaiki. Latih diri berkongsi dan menerima.

Jangan kongsi suami sudahla ye. Aku pun tak sanggup. Chaos.