Nuffnang BH

Aug 1, 2011

Ramadhan pertama tanpa abah


Ramadhan pertama tanpa abah. Memang memilukan. Semalam kami adik beradik yang balik ke kampung bersama mak ke kuburan membacakan Yassin untuk abah. Pagi semalam tenang sangat. Kata kak La (ustazah dalam family kami) ada dalil yang mengatakan yang roh akan balik menjenguk keluarga semasa bulan Ramadhan. Aku nak abah balik tengok aku. Rindu sangat.
Abah,
kalau abah ada dengan kami sekarang macam-macam yah nak bagitaw; kandungan yah dah masuk 35 minggu. Mungkin tak lama lagi cucu abah ni dah nak keluar. Semua orang excited tunggu dia. Abah mesti happy kan dapat cucu lagi.
Abah,
Mak rindukan abah. Bukan mak je. Kami semua. Kami adik beradik perempuan (yang 7 orang tu) selalu mimpikan abah balik jenguk kami. Selalu tiba-tiba emosi dan menangis bila teringat kenangan dengan abah. Semalam dalam kereta masa balik dari kampung pun kiah and yah tak putus-putus cerita kenangan dengan abah. Nak-nak time puasa and raya ni. Abah sangat ‘lorat’ kalau tak beli daging orang sembelih awal-awal. Risau anak-anak tak dapat merasa.
Abah,
Tahun ni tahun pertama kami adik beradik tak dapat cium tangan abah. Tak dapat nak mohon ampun dengan abah. Tak dapat cium tangan abah yang selalu sejuk, keras dan ada bau rokok tu (abah kuat bekerja, kuat merokok dan selalu masuk sungai tangkap ikan). Tak kisah walau macamana bau sekalipun yah rindu nak cium tangan tu. Tak dapat lagi berebut duit raya dari abah. Tak merasa nak beratur panjang-panjang duk barisan belakang dengan cucu-cucu abah untuk mintak duit raya. Sebab bagi abah, cucu adalah keutamaan. Mesti bagi cucu dulu baru anak-anak.
Abah,
Walau abah takda kami adik beradik insyaAllah ingat pesan abah. Abah tak suka kami bergaduh dan kena tolong menolong antara satu sama lain. Abah jangan risau, kami akan jaga mak elok-elok. Kami Cuma nak bagitaw kami rindu abah sangat-sangat. Moga roh abah tenang kat sana. Moga abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Yah nak jumpa abah nanti. Yah rindu.

3 comments:

  1. al-Fatihah...semoga arwah abah ko n arwah ayah aku ditempat dikalngan org beriman...

    ReplyDelete
  2. kalo kite selalu rindu arwah, banyakkan sedekah al-fatihah yek...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.