Nuffnang BH

Jul 5, 2011

MasalaH pediH ulu Hati SemAsa Mengandung

Aku saja nak share pe aku baca kat blog kesihatan and pengalaman ibu mengandung yang lain. Masuk minggu ke 30 aku banyak kali kena heart burn atau nama melayu pedih ulu hati. Apa yang aku baca tadi disebabkan peningkatan hormone apa tah semasa mengandung. So amat tidak selesa bila ia kena kat aku.
Sakit kat mana?
Dah nama pun ulu hati of cos la berkaitan hati dan dalam perut ni. Bila berlaku nya heart burn ni akan terasa sakit almost kat bahagian dada. Akan mengalami sesak nafas dan rasa pedih-pedih kat tekak. Aku memang tak tahan bila kena.
Bila waktu terasa sakit?
Macam aku sendiri tak kira masa, but mostly bila perut aku lapar mesti kena punya. Nak atasi aku pun memakan makanan la.
Macamana nak heal atau kurangkan sakit?
Dari apa yang aku baca, para ibu boleh amalkan kat bawah ni;
1.       Makan slow2, kunyah slow2 bagi hadam
2.       Jangan minum teh, kopi or coklat dengan kerap sebab kafein.
3.       Jangan makan berselang air
4.       Kena minum banyak air
5.       Kena pakai baju yang tak ketat, nak-nak bahagian perut tu. So senang nak bernafas etc.
6.       Kena berjalan sikit untuk exercise
7.       Bila tidur waktu malam bantal kena tinggi sikit dari kaki supaya acid dalam perut stabil.
8.       Boleh jumpa doctor dan mintak nasihat serta ubat. Ada ubat tapi aku memang malas jumpa doctor.
9.       Makan chewing gum untuk kurangkan rasa ketidakselesaan. (aku baru nak cuba)
Tu jela dapat aku share. Sekian.