Nuffnang BH

Jul 5, 2011

kandungan ke 31minggu..owh yeah

Salam semua,
Kepenatan baru balik dari medical check up baby.  Huishhh agak lama menunggu sampai nak tertidur akhirnya setel jugak check minggu ni. Alhamdulillah. If past two weeks aku kena Anemia (kepekatan darah merah kurang dari sebelas ) minggu ni bila test darah betul-betul ngam sebelas. Syukur-syukur kepada-Mu ya Allah. Boleh tarik nafas lega. Minggu ni penat betul, sabtu ahad merayau cari barang baby, itupun belum habis semuanya. Banyak lagi nak beli. Nantilah sambung. Sekarang kandungan masuk ke minggu 31. Semakin cepat penat dan selalu sakit belakang. Nak menangis. Setiap malam lenguh-lenguh badan.
Start 2 minggu lepas dah kena kira pergerakkan baby. Mula-mula risau sangat macam anak aku tak aktif je. Sebab nurse kata kena ada gerakan atleast 10 kali dalam masa 12 jam, if tak kena g hospital. Owh cuak ok. aku kadang-kadang tak alert kot dengan gerakan anak aku. tu yang kadang-kadang cukup-cukup makan je dia gerak 10 kali. Tak pun aku tak paham gerakan dia. Hurm ni first time mengandung so aku macam blur la jugak.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walau banyak dugaan yang menimpa. Aku takut sesungguhnya. Tapi demi anak dalam perut ni aku kena la beranikan diri jugak. Kesian dia nanti dapat mak penakut. Apa pun tak boleh. Hahahha
Berdoa sangat-sangat supaya urusan aku dipermudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.