Nuffnang BH

Jul 27, 2011

Halal Ke?

Mari menaip entry untuk hari ni sebelum emosi aku tercalar. Eh bukan dah tercalar ke? Dari dulu lagi. ah lupakan. Aku masih stabil tapi going to explode la. Kenapakah? Aku takda jawapan tepat, samar-samar je muncul kat benak otak aku ni. Demotivated kerja ni dollah. Aku bebosanan lak hari-hari macam ni. Tak da improvement langsung.

Tadi masa breakfast dengan bebudak tempat kerja aku sempat tercurik dengar perbualan makcik kantin dengan seorang pompuan yang letak flayers kat kaunter mak cik kantin tuh. dia jual produk kesihatan rasanya. Sebab aku pandang pun sekali imbas je. bukan sengaja nak dengar okeh tapi terdengar plak. Dialog lebih kurang macam kat bawah ni; (PI – Perempuan Itu, MCK – MakCik Kantin)
PA: kak nak tumpang tanya la ye, akak ada buat tuntutan kat persatuan pengguna tak masa ‘perarakkan aritu’ (sila baca BERSIH)?

MCK: eh kenapa nak buat tuntutan pulak? Tak ada kena mengena dengan gerai akak pun, lagipun tak elok la nak dapat duit dengan cara camtu.
PA: gulp..telan air liur..terdiam dan muka cover tak boleh blah..
MCK: (makcik tu tambah lagi) lagipun polis yang tak bagi bukak gerai berniaga bukan diaorang tu (ahli-ahli BERSIH)
PA: cepat-cepat tukar topic tanya soalan lain yang aku tak dengar pun

Aku terfikir la kan, kalau time BERSIH ni akak ni memang nak amik kesempatan macamana sumber rezeki and cara dia menjalankan perniagaan dia ha? Aishh heran-heran tak takut ke TAK HALAL?