Nuffnang BH

Jul 22, 2011

Beribu sesalan dalam kehidupan

Salam Jumaat.
Wah dah jumaat. Alhamdulillah masa bergerak cepat. Syukur aku dan keluarga masih bernafas. Alhamdulillah. Ok semangat dari dalam tren tadi. Nak postkan jugak apa yang tertangguh before dia. Mood lari pulak dari semalam. Sampai office terus mencurah idea.
Malam tadi excited nak tengok Annissa. Drama bersiri kat TV3 tu. Rasanya ramai gak yang tengok kot. Aku and suami memang minat drama tu, memula dulu memang tak berapa suka sebab si *Shila tu seksi sangat. menyampah. Huhuuh last-last sangkut gak sebab jalan cerita agak menarik.
Aku rasa drama bersiri sekarang dah improve sket kot jalan cerita. Nilai tu ada so aku follow la gak sebab aku bukan senang nak jatuh cinta dengan drama melayu ni. Ending pon not bad la semalam.
Moral of the story cite Annissa yang aku conclude sendiri:
1.       Kalau kau amik orang punya satu hari nanti orang akan amik kau punya pulak.

-          Macam cerita ni episode semalam dalam flashback dia, Balqis and Farid dah bercinta since secondary school then terus sampai U, tapi Anna macam try nak ngorat Farid tanpa pengetahuan Balqis. Yang perasan perubahan tu just Sarah. So fair la bila Balqis jadi madu Anna. Sebab Anna yang main kotor dulu. :P

2.       Sahabat sejati akan kekal disisi

-          Kalau perasan dulu Anna ni punyalah anti dengan Sarah, siap g serang masa dia syak Sarah ni jadi madu dia. Punya la tak sayang kawan sanggup hina Sarah. Last-last siapa yang paling setia and sentiasa ada di sisi bila semua kawan mengkhianati.

3.       Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tupai jatuh jugak.

-          Kesian Shila jadi gila meroyan. Balasan atas apa yang dia lakukan kat semua orang. Nasib la mangsa-mangsa dia tak bunuh dia. But if dia mati tragik jugak kan? So buat jahat berpada-pada la.

4.       Kalau dah buat salah cepat-cepatlah bertaubat.

-          Cepat-cepat la buat pengakuan bila apa yang kita buat sah-sah salah and akan terbongkar and tak dapat elak. Cuma pengakuan tu cepat atau lambat je. Benda yang baik haruslah disegerakan kan? Kalau tak sempat menyesal.

5.       Jangan tipu/lukai hati isteri/perempuan

-          Buruk padahnya kalau melukai hati wanita. Rasanya sekali dilukai memang payah nak diubati. Luka dah tak da tapi parut tu yang buat wanita berdendam. Bukan senang nak terima kecurangan bila kepercayaan dah hilang.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh di conclude. Cuma cukup la banyak tu aku membebel. Korang pun boleh fikir sendiri. yang baik dijadikan teladan. Cuma terfikir gak bila hal-hal yang aku bebel kena kat batang hidung sendiri macamana la tindakan aku agaknya.nauzubillah.  Harap-harap aku berfikiran matang.

3 comments:

  1. boleh jadi pengkritik drama ni... tak nak cuba mintak kerja di Tv3 suku?

    ReplyDelete
  2. wah lengkap ko kritik..hehee.best gak annissa tu kan..:)

    blog ko di detek malware la syang oi...;(

    ReplyDelete
  3. Tukang karut: huuhuh if ada keje 0 sana dah lama apply hahah

    sha: aku try fix dari pagi td..now dah ok kot..if x ok bgtaw aku weh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.