Nuffnang BH

Jul 6, 2011

BanDar Pusat Jengka - Sudah tUkarkah?

Salam,
Masih segar dalam ingatan hampir 5 tahun lalu (2003-2006). Aku menghabiskan  masa selama 3 tahun berjuang mendapatkan segenggam diploma di UiTM Jengka Pahang. Banyak kenangan disana. Stay almost 3 years jadikan Jengka as my second home la. Happy sesangat bila ingat shopping barang-barang bila duit PTPTN masuk. Men shoppingkan diri kat pasaraya “Mat Sapak”. Now ganti dengan pasaraya “Bintang” kot. KFC pun dah ada kat sana rasanya.
Harga boleh la tahan sebab itu je satu-satunya pasaraya yang ada. Nak enjoy sket kena turun Kuantan kot. Tapi benda yang aku suka pasal Jengka is Pasar Malam dia la. Meriah beb.  Kat Bandar Pusat Jengka tu. Tempat bas semua berhenti, taxi. So ramai orang la, ramai pun sebab student kot, bila exam or cuti sem sunyi sepi la Bandar tu.
Tadi aku baca KosMo so ada news pasal sempena Hari peneroka nama Bandar tu ditukar namanya. Start esok semua kena panggil Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak. Nak taw detail baca la kat bawah ni.
" KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka, Pahang sebagai Bandar Tun Abdul Razak sempena dengan sambutan Hari Peneroka pada Khamis ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan majoriti penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada warga Felda yang telah berusaha dan memajukan kawasan tanah rancangan tersebut.
"Ia juga adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bahawa selain membasmi kemiskinan, Felda juga ingin mewujudkan kawasan-kawasan bandar yang sebelum ini tidak pernah difikirkan setiap orang dan ia merupakan satu manifestasi.
"Selain Bandar Pusat Jengka, kita juga sedia maklum bahawa Felda telah membangunkan beberapa bandar lain antaranya Felda Jaya Trolak, Perak; Felda Jaya Mempaga, Bentong, Pahang; Felda Jaya Raja Alias, Negeri Sembilan dan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
"Ini membuktikan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak menjadikan kawasan pedalaman menjadi bandar melalui Felda, semakin memperlihatkan kemajuannya," kata beliau di lobi Parlimen semalam.
Berhubung dengan sambutan Hari Peneroka yang bertemakan Melestari Kesejahteraan Peneroka, Ahmad berkata, majlis itu dijangka dihadiri seramai 12,000 hingga 15,000 orang peneroka. - Bernama"