Nuffnang BH

Jul 14, 2011

aKu; SeOrang KaKak & SeOrang aNak

Salam kesedihan di hari Khamis.
Entry kali ni mengenai keluhan aku sebagai seorang kakak dan juga seorang anak. Mengeluh memang tak elok, tapi aku betul-betul macam dah putus asa. Syaitan bertepuk tangan. Ya Allah dugaan memang kuat. Sebenarnya aku penat tentang adik lelaki aku. Satu-satunya adik lelaki, lelaki ke empat dalam keluarga. Selepas pemergian abah; dia berubah sekejap. Insaf sementara; menyesali kejahatan dan kenakalan dia suatu ketika dulu. Tapi sekarang dia sudah lupa perasaan insaf tu. Tanggungjawab tergalas atas bahu adik beradik yang lain. Menjaga satu sama lain.
Macam-macam rekod dah dia buat, bergaduh disekolah, jadi samseng kat kampung dan macam -macam lagi. air mata mak banyak mengalir kerana dia. Dulu arwah abah selalu tertekan dengan perangai dia. Bukan adik beradik lain tak ambil tahu. Bukan lepas tangan. Tapi masing-masing jadi serik bila adik langsung tak makan saman.
Mungkin perbezaan usia; mungkin darah muda yang menjauhkan kami dengan adik. Nasihat sekadar lalu di telinga. Bila ditegur tarik muka, marah katanya tak faham jiwa dia. Semua tak sayang dia. Akhirnya adik beradik penat. Penat nak nasihat, nak bertekak, serik, dan masing-masing ada masalah yang lebih utama. Bukan hanya dia.
Aku? aku hilang punca. Aku nak dia berubah. Aku tak nak dia menyesal suatu hari nanti. Tapi kalau aku yang beria nak paksa dia berubah dan dia enggan. Apa patut aku buat? Tolong aku!!!!!!!

7 comments:

  1. remaja sekarang susah nak faham perasaan diaorg. tp mesti ada sebab kenapa dia buat mcm 2.kalau nasihat xjln, apa kata cuba cara halus.wat solat hjt moga dia berubah ati,jmpa mana2 ustaz yg berpengalaman dan minta nasihat serta pandangan.ank buah aku pun ada yg buat prangai,alhamdulillah dah okey sekarang dan dah xnakal macam dulu sejak baca jmpa ustaz.ikhtiarkan...wallahualam.

    ReplyDelete
  2. adik....buat solat hajat, buat semata-mata untuk dia.Minta sj dr ALLAH...pasti akan d beri.

    ReplyDelete
  3. Thats normal babe...aku pon ada adik, perempuan lagi tu. xde la nakal sangat tp tetap merunsingkan mak aku tp nak buat macam mana kan...nak nasihat pon susah sebab jiwa remaja selalunya rebelious. Lagi kita tegur lagi diorang nak memberontak...so, cuba fahami jiwa diorang je lah, mungkin sikit sebanyak kita akan paham diorang...

    mcm aku dulu2 pon, ada saat2 yang aku memberontak sangat so sekarang ni aku cuba tempat kan diri aku dlm situasi adik aku tu....kalau aku tak suka org tegur aku mcm ni, mcm tu...mesti la adik aku pon xsuka cara tu, so kita guna pendekatan lain.

    mcm situasi ko ni,banyak2 kan doa supaya lembutkan hati dia...sekarang ni dia tak matang lagi, so dia tak boleh nak fikir consequences nye...

    babe, sometimes benda2 yang diorang buat sekarang ni akan mengajar diorang jadi lebih matang...they will learn from their mistake and I think thats the best lesson in life, INSYALLAH~

    cuba ko dengar lagu ni, "tiada duka yang abadi - Opick". [rasenye xde kaitan pon ngan entry ko ni tp nak suruh ko dengar jugak]...tenang dan penuh keinsafan.

    *tetiba baru terperasan, terbuat karangan panjang berjela la pulak :)

    ReplyDelete
  4. aishah: kami pernah jumpa ustaz dan ubatkan dia. bagi di minum air etc. since dia jauh dari mak aku so payah nk kasik minum air tu. masa dia dekat ngan mak aku alhamdulillah hati dia lembut..but now..tahla

    ReplyDelete
  5. kak Ani:
    thanks sgt2. saya hampir putus asa..ada buat..insyaAllah akan banyakkan lagi

    ReplyDelete
  6. rose:
    xpe aku suka baca even panjang berjela. ya aku akui aku kdg2 xphm mungkin sbb aku perempuan dan dia lelaki. dia memberontak dan xfikir kesan kat diri sendiri.
    kdg2 aku marah kenapa lambat sgt dia nk matang. mencuba segala benda yg merosakkan diri sendiri, terpengaruh dgn kwn2.
    yg buat aku sakit hati dia lebih percayakan kwn2 dari adik beradik. kwn2 pulak perangai, nak mngucap aku tgk.
    macamana kalau dia lakukan kesalahan besar dan xblh berpatah balik. tu yang aku paling takut. bila semuanya dah terlambat.
    sedih.

    ReplyDelete
  7. Hurm, susah jugak nak cakap dalam kes ko ni. Easy said than done right?

    aku hanya boleh bagi pandangan je lah sbb yang mengalaminya ko kan..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    Well,ko and family kena selalu pantau dia la...takut terjebak dlm kes2 besar esp dadah, sbb dadah ni kalau terjebak memang susah nak berpatah balik dah...

    cuba berbaik2 dengan dia, try jadi kawan dia...ambik tau pasal dia tapi jangam sampai dia rasa ko menyibuk, bukannya mengambil berat. mungkin dia lebih percayakan kawan2 dia sebab dia rasa kawan2 lagi memahami dia...

    babe, doa banyak2 and jangan lupa buat solat hajat....itu cara terbaik untuk lembutkan hati dia...

    have FAITH on HIM, kerna DIA pasti sudah punya rencana untuk adik ko tu~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi comment.