Nuffnang BH

Jul 18, 2011

33 minggu didalam perut..

Harini genap minggu ke 33 kandungan. Tahu apa terjadi sabtu lepas. Peha kanan seakan membengkak berlaga dengan perut yang besar ni. Saya tak boleh tidur, duduk, jalan dengan sempurna. Sangat sakit okeh. Sekarang baru tahu perasaan mak mengandungkan saya 26 tahun yang lepas. Gementar semua ada. First time mengandung jadi saya tak tah apa nak buat. If nak bersalin macamana keadaannya. Dalam setengah jam jugak menahan sakit kat pangakal Rahim macam biasa berlaku semasa PMS, telefon mak di kampung dan minta nasihat. Oleh sebab dah nak masuk ke 9 bulan so kena berhati-hati. Possibility nak melahirkan baby tu ada dah. Bertambah cuak tapi buat cool je.
Tak nak burukkan keadaan try relaxkan diri. Baring dan luruskan kaki. Alhamdulillah dalam 5 minit pastu sakit tak ada dah. Bersyukur sangat-sangat belum lag ink bersalin. Balik ni plan nak lipat baju-baju baby packing siap-siap. Risau jugak.
Dalam sakit-sakit sempat lagi bermasam muka dengan encik suami. Dia kata tak akan nak bersalin dah, kawan dia pun belum padahal kandungan lagi tua dari saya. Haishh geramnya. Boleh tak jangan cakap camtuh. Lain orang lain la caranya. Tengah skait emosi memang teruk so saya marah semula. Aiyak. Pas tak sakit terus ajak cari barang-barang baby yang kurang.
Now still berjaga-jaga. Bawak kad merah dimana-mana saja.