Nuffnang BH

Jul 28, 2011

Jahatnya orang itu..

SubhanAllah. Astagfirullah. Mengucap panjang aku tengok berita semalam. Ala berita tentang lelaki yang menganiaya kucing tu. Tak berhati perut langsung. Aku rasa tak kira la apa jua agama yang dia anuti semuanya melarang berbuat jahat pada manusia, binatang mahupun tumbuhan. Eiii jahat-jahat memang tak boleh diterima apa yang dia buat.

Masa Tv tunjuk video tu memang aku tak sanggup tengokla. Kesian sangat. Teringat comel, yoyen , and kera kat rumah. Mana boleh sakitkan diaekor. Kan3.

Rasa macam nak sepak-sepak je dia. Kesian kucing-kucing itu. Tiga ekor dia pijak, then pembunuh tu ialah seorang perempuan. Wah sadis betul. Dalam metro online cakap, perempuan yang buat semua ni sakit otak sebab effect maka bapak dia bercerai. So mental terganggu.
Mahkamah just denda RM400. La untuk 3 nyawa kena bayar 400 ratus je? Geram pulak rasanya.


Jul 27, 2011

Owh Ujrah owh PTPTN


Dengan semangat berkobar-kobarnya aku baca email dari PTPTN tadi. Tahniah untuk aku  sebab aku berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari 3% ke 1% untuk program pengajian Diploma n Ijazah aku.

Tuan / Puan, 
Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.
NAMA INSTITUSI: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS SHAH ALAM, SELANGOR)
PERINGKAT PENGAJIAN: IJAZAH PERTAMA SEPENUH MASA
NAMA KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN ISLAM)
Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:-
No KP: 851113....
Kata Laluan : 
Sekian terima kasih. 

Tuan / Puan,
Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian.
NAMA INSTITUSI: UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (KAMPUS JENGKA, PAHANG)
PERINGKAT PENGAJIAN: DIPLOMA SEPENUH MASA
NAMA KURSUS: DIPLOMA PENGURUSAN BANK

Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke 
www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:-
No KP: 851113
Kata Laluan :
Sekian terima kasih

Korang camne? Dah dapat?


Halal Ke?

Mari menaip entry untuk hari ni sebelum emosi aku tercalar. Eh bukan dah tercalar ke? Dari dulu lagi. ah lupakan. Aku masih stabil tapi going to explode la. Kenapakah? Aku takda jawapan tepat, samar-samar je muncul kat benak otak aku ni. Demotivated kerja ni dollah. Aku bebosanan lak hari-hari macam ni. Tak da improvement langsung.

Tadi masa breakfast dengan bebudak tempat kerja aku sempat tercurik dengar perbualan makcik kantin dengan seorang pompuan yang letak flayers kat kaunter mak cik kantin tuh. dia jual produk kesihatan rasanya. Sebab aku pandang pun sekali imbas je. bukan sengaja nak dengar okeh tapi terdengar plak. Dialog lebih kurang macam kat bawah ni; (PI – Perempuan Itu, MCK – MakCik Kantin)
PA: kak nak tumpang tanya la ye, akak ada buat tuntutan kat persatuan pengguna tak masa ‘perarakkan aritu’ (sila baca BERSIH)?

MCK: eh kenapa nak buat tuntutan pulak? Tak ada kena mengena dengan gerai akak pun, lagipun tak elok la nak dapat duit dengan cara camtu.
PA: gulp..telan air liur..terdiam dan muka cover tak boleh blah..
MCK: (makcik tu tambah lagi) lagipun polis yang tak bagi bukak gerai berniaga bukan diaorang tu (ahli-ahli BERSIH)
PA: cepat-cepat tukar topic tanya soalan lain yang aku tak dengar pun

Aku terfikir la kan, kalau time BERSIH ni akak ni memang nak amik kesempatan macamana sumber rezeki and cara dia menjalankan perniagaan dia ha? Aishh heran-heran tak takut ke TAK HALAL?

Luahan ibu mengandung kali pertama

Luahan ibu mengandung kali pertama

Salam. Pagi isnin bukan nak melampiaskan kemarahan kat semua orang Cuma nak share kesakitan mata dan hati bila diri yang tak berdaya ini dianiyai..arhh pasrah. Kih3. Ayat intro tak boleh blah nak minta simpati. Apa yang aku ceritakan kali ni sebenarnya dah banyak kali sangat berlaku kat aku. tak kira pagi-pagi waktu nak g kerja or balik kerja. Sama je. Macam semua dah taw, aku si owner blog ni tengah mengandung anak pertama. Kandungan sekarang mencecah 34 minggu atau dlm erti kata lain 8 bulan 2 minggu mengendong bayi dalam perut.

Siapa-siapa kat luar tu yang tak pernah mengandung dan tak mungkin mengandung – lelaki of cos – percayalah yang mengandung ni betul-betul memerlukan kekuatan yang banyak. Diulangi BANYAK. Kenapa banyak? Ada peringkat dimana di awal kehamilan si ibu mengalami alahan yang teruk.  Asyik-asyik muntah, tak lalu muntah, tak dapat berjalan dan sampai masuk hospital. Ada yang menanggung penyakit baru seperti diabetes dan darah tinggi. Ada yang selalu kena jumpa doctor, check darah, dan macam-macam ujian lagi. dan bila dah semakin hampir dengan hari yang dinanti-nantikan macam-macam kesakitan yang perlu ditanggung.

Macam aku sekarang ni; sakit pinggang, pinggul, bengkak peha, celah kangkang, perut keras-keras. Semua sekaligus datang. Bila malam tak boleh tidur dengan nyenyak. Haishh baru tahu seksanya mengandung dan bertambah derita bila anak tak mengenang jasa. Aku doa sangat anak aku jadi anak yang soleh/solehah. Amin.

Ok kenapa aku membebel panjang-panjang? Sampai last paragraph baru nak cerita main point is aku tak puas hati dengan pengguna LRT yang sihat segar bugar yang tak bagi aku duduk.  Even lelaki. Ada yang duduk, baca buku then pandang aku kemudian buat tak tahu. Kurang hajar. I hate you all. Kan aku dah emo. Hahahahha ok tak semua tak bagi tapi banyak kali jugak la merasa kaki kejang and sakit pinggang.

* entry ni sebenarnya dah hampir siap n tggu nak post on Monday..tetiba Malware kaco so harini baru post. sekian. 

Jul 26, 2011

" ninie azriena 1st giveaway: kau muzik dihatiku "

Link GA

Kali ni aku join GA bertemakan muzik ni. Aku bukanlah peminat  Dato' Siti sangat2 tapi still layan la lagu dia. Lirik yang memberi kesan dan memberi kekuatan bila aku sedih dan putus asa.


Melawan Kesedihan by Dato' Siti

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan Kesepianku
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawanKesepianku
Semoga kepergianmuTak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan Kesepianku
Semoga kepergianmuTak akanSemoga mampu kulawan Kesepianku
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

BilA Blog Diserang MaLware - Patut Buat apa?


Pagi yang indah kini tetiba jadi gelap sebab pas baca comment kawan baik aku yang tegur blog aku telah disampuk  Malware yang kurang ajar pagi semalam. Special thanks to cik Aishah cOmel  .
Bagi pengguna Internet Explorer takda masalah sebab yang tolong detect is Mozilla and Chrome je. Selama aku berbelog aku selalu bukak kat IE, jarang-jarang bukak kat Mozilla atau pon Chrome. Pasni kena bukak ikut 2 tu la. Senang nak taw. first time kena. amik kau. 

hatiku menangis membaca comment.
panas hati..
bebel2 pasal Malware
Sepantas kilat aku aku search tentang Malware. Rasanya semua dah taw siapa dia. Aku berlari dari satu blog ke blog lain nak taw pasal Malware and macamana nak ubat blog aku.  memang pening sbb aku bukan expert bab-bab IT ni. Basic je taw la. Ni pun baru belajar.

Serius aku blur bila blogger yang senior/expert bagi tips and aku macam tak boleh follow. Owh ye, aku baca entry pasal Malware sekali dengan comment blogger lain. Even seratus aku tetap baca. Dari pagi aku try then aku check petang semalam Alhamdulillah blog sudah sihat. Nak taw rahsia? Sila baca lagi; cara aku hapuskan Malware adalah seperti dibawah;

1.    Tengok dulu page warning yang kata blog aku diserang Malware and kenalpasti dari aman punca Malware. Pastu baru start Blogwalking seantero dunia – kenal pasti apa itu Malware. Apa punca bla3. Untuk case aku lak even aku taw dari mana berjangkit tapi aku xleh cari kat mana punca. Seingat aku, aku mana ada post link kedaikreatif.com yang bawak Malware ni. Blog dia pun aku xfollow.

2.     Bila blogwalking ada yang suh:
·   1. Check script HTML (gagal bila search KedaiKreatif kat dashboard – design – edit HTML – tick expand widget template – ctl F).
·   2. Ada yang suh buang link advertisement (aku xbuat sbb aku promote Nuffnang je – dah dapat email dr Nuffnang awal2 mmg diaorg kena hack tapi x effect blogger so xbuat la).  
·       3. Ada blogger yang suh scan online je kat cni tempat CuCi (tapi haprak tak berkesan pun)

emo sbb mcm kena tipu, padahal blog tak dapat bukak  blog pon

·       4. Ada yang suh download antivirus Malware ni (aku tak dapat download sbb semua link aku click page error)
·       5.  Ada yang suh check entry and remove kot2 ada letak link Malware tu ke (aku check tapi hampa xda)
·      6. Ada yang suh berubat kat webmasters tools ( aku follow tapi bila step last suh request review aku tak jumpa button dia aku fed up)
·     7. Check malware jugak n buat request review kat stopbadware.org (aku try masukkan add blog aku tapi suh try check later, mmg xbuat dah)
·       8. Ada yang nasihat suh buang bloglist. Mungkin terjangkit dari depa la. (aku buat yang ni last sekali)

Aku sampai pening-pening buat la semua sekali, baca tutorial tak paham pastu tawakal la. Alhamdulillah, sesetengah blogger amik masa 2/3 hari nak sembuh. Aku sehari dah ok..bersyukur sangat sbb aku tak penyabar. Hahhaha. Sesiapa yang taw lanjut camna nak remove Malware ni boleh lawat blog2 kat bawah ni:


Pendek kata blog aku sembuh lepas aku remove bloglist. Now biar dulu la cmtuh. Takut kejadian berulang kembali. Sekarang sudah happy. Yeaaa. 

Jul 22, 2011

"SEGMEN: Aku ingin diSkodeng Abg Stalker"


aku join sebab tertarik kot. dengan blog sekali imbas je aku baca sebab aku tengah bosan ni. later aku akan datang balik la. jumaat ni paham2 la mood swing.

Beribu sesalan dalam kehidupan

Salam Jumaat.
Wah dah jumaat. Alhamdulillah masa bergerak cepat. Syukur aku dan keluarga masih bernafas. Alhamdulillah. Ok semangat dari dalam tren tadi. Nak postkan jugak apa yang tertangguh before dia. Mood lari pulak dari semalam. Sampai office terus mencurah idea.
Malam tadi excited nak tengok Annissa. Drama bersiri kat TV3 tu. Rasanya ramai gak yang tengok kot. Aku and suami memang minat drama tu, memula dulu memang tak berapa suka sebab si *Shila tu seksi sangat. menyampah. Huhuuh last-last sangkut gak sebab jalan cerita agak menarik.
Aku rasa drama bersiri sekarang dah improve sket kot jalan cerita. Nilai tu ada so aku follow la gak sebab aku bukan senang nak jatuh cinta dengan drama melayu ni. Ending pon not bad la semalam.
Moral of the story cite Annissa yang aku conclude sendiri:
1.       Kalau kau amik orang punya satu hari nanti orang akan amik kau punya pulak.

-          Macam cerita ni episode semalam dalam flashback dia, Balqis and Farid dah bercinta since secondary school then terus sampai U, tapi Anna macam try nak ngorat Farid tanpa pengetahuan Balqis. Yang perasan perubahan tu just Sarah. So fair la bila Balqis jadi madu Anna. Sebab Anna yang main kotor dulu. :P

2.       Sahabat sejati akan kekal disisi

-          Kalau perasan dulu Anna ni punyalah anti dengan Sarah, siap g serang masa dia syak Sarah ni jadi madu dia. Punya la tak sayang kawan sanggup hina Sarah. Last-last siapa yang paling setia and sentiasa ada di sisi bila semua kawan mengkhianati.

3.       Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tupai jatuh jugak.

-          Kesian Shila jadi gila meroyan. Balasan atas apa yang dia lakukan kat semua orang. Nasib la mangsa-mangsa dia tak bunuh dia. But if dia mati tragik jugak kan? So buat jahat berpada-pada la.

4.       Kalau dah buat salah cepat-cepatlah bertaubat.

-          Cepat-cepat la buat pengakuan bila apa yang kita buat sah-sah salah and akan terbongkar and tak dapat elak. Cuma pengakuan tu cepat atau lambat je. Benda yang baik haruslah disegerakan kan? Kalau tak sempat menyesal.

5.       Jangan tipu/lukai hati isteri/perempuan

-          Buruk padahnya kalau melukai hati wanita. Rasanya sekali dilukai memang payah nak diubati. Luka dah tak da tapi parut tu yang buat wanita berdendam. Bukan senang nak terima kecurangan bila kepercayaan dah hilang.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh di conclude. Cuma cukup la banyak tu aku membebel. Korang pun boleh fikir sendiri. yang baik dijadikan teladan. Cuma terfikir gak bila hal-hal yang aku bebel kena kat batang hidung sendiri macamana la tindakan aku agaknya.nauzubillah.  Harap-harap aku berfikiran matang.

Jul 20, 2011

"Jom Join Giveaway Gadis Desa"

1. dah letak banner: done

2. dah like page: done

3. dah follow: done

4. dah tag: done

settle semua..sape nk juin click link tuh..

Jul 18, 2011

33 minggu didalam perut..

Harini genap minggu ke 33 kandungan. Tahu apa terjadi sabtu lepas. Peha kanan seakan membengkak berlaga dengan perut yang besar ni. Saya tak boleh tidur, duduk, jalan dengan sempurna. Sangat sakit okeh. Sekarang baru tahu perasaan mak mengandungkan saya 26 tahun yang lepas. Gementar semua ada. First time mengandung jadi saya tak tah apa nak buat. If nak bersalin macamana keadaannya. Dalam setengah jam jugak menahan sakit kat pangakal Rahim macam biasa berlaku semasa PMS, telefon mak di kampung dan minta nasihat. Oleh sebab dah nak masuk ke 9 bulan so kena berhati-hati. Possibility nak melahirkan baby tu ada dah. Bertambah cuak tapi buat cool je.
Tak nak burukkan keadaan try relaxkan diri. Baring dan luruskan kaki. Alhamdulillah dalam 5 minit pastu sakit tak ada dah. Bersyukur sangat-sangat belum lag ink bersalin. Balik ni plan nak lipat baju-baju baby packing siap-siap. Risau jugak.
Dalam sakit-sakit sempat lagi bermasam muka dengan encik suami. Dia kata tak akan nak bersalin dah, kawan dia pun belum padahal kandungan lagi tua dari saya. Haishh geramnya. Boleh tak jangan cakap camtuh. Lain orang lain la caranya. Tengah skait emosi memang teruk so saya marah semula. Aiyak. Pas tak sakit terus ajak cari barang-barang baby yang kurang.
Now still berjaga-jaga. Bawak kad merah dimana-mana saja.

Isnin dan Internet yang sengal

Jumaat lepas aku tak sempat nak blokwalking, join contest etc. Aku amik half day sebab keadaan kesihatan yang tak mngizinkan. Kecewa gak sebab sabtu ahad blog tak akan aku sentuh. Masa privacy ku bersama keluarga dan yang tersayang la. Masuk isnin ke office dengan semangat nak check and berbalas kunjungan blog gagal. Sebab internet cam siput. Laju lagi siput kot. Frust menunggu babe so aku decide later baru nk ziarah la.
Thanks kepada semua yang follow blog ni. Harap sudi-sudi jengok lagi pasni. Bukan masa follow je yer baca entry. Hihihiih. Seronok dah ramai gak follow blog ni. Akan ku curi masa melawat blog2 anda nanti.
Dan aku masih geram sebab internet ni. Arghhhhhhh

Jul 14, 2011

"GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret"


KENAPA KENA JOIN? SBB HADIAH LA:

HADIAH - HADIAH UTAMA :
Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
Tempat Ketiga - RM 20


HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.


Tarikh Tutup Penyertaan :
30 JULAI 2011

SIAPA SAYA NAK TAG?
Semua rakan blogger saya ni..yessss

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER


jom join - sila kelik cni-


Perghh muntah join segment-segment blogger lain buat tapi tetap excited nak join. Sebab? Saja nak tambah rakan blogger. Sementara bersemangat waja ni so aku pun menjerumuskan diri la.
Segmen ni ditaja oleh SKYTECH BELOG . Nak join kena menepati piawaian yang ditetapkan, dah buat baru boleh dapat cop SIRIM. Hahahhaha. So korang layan jela yer..
Nama panggilan Blogger:
Dieya
Tarikh mula berbelog:
April 2011 tapi baru jer setat aktif sket2
Rakan blogger terkini:
32 jer..jangan gelak. Kan aku kata aku baru aktif berbelog n kenai blogger lain.
Target tambah rakan blogger:
jadi 50 pon dah ok..kenalah ada target ye x? Letak ribu riban kang mcm mustahil lak.

Nak taw lebih lanjut korang kelik la link yang aku kasik tu.. kan senang.


"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"


                                            cik YaNa and cik PutIh (sila kelik jika mahu sertai)

aku telah di tag oleh  sitizarizza ni, si Mata BUlat utk join Mega GA ni..

so aku nak tag: Aishah, Bexraz, and cIk POP . "terima kaseh daun keladi, harap2 kita menang GA kali ni". hihiihi

sebab apa aku excited nak nak join n tag org sbb hadiah dia superb banyak lak tu..kalau tak caye..cer tengok senarai sponsor kat bawah ni..terbeliak bijih mata ini..uwaaaaa

kencing - ada ke Gunanya???

Salam semua,

Seperti biasa hari khamis aku akan mengutarakan persoalan. Tak kire aku yang tanya(teringin nak taw), kawan-kawan lalu lalang tetiba tanya atau sesiapa sajalah. Maka aku akan usahakan cari jawapan dan esok aku akan post entry jawapan la.

Benda ni bermain-main di minda bila ada yang wat lawak kat aku kate “jangan membazir, amalan syaitan”. Pastu aku gelak besar-besar; sebab aku nak g buang air. Bukan membazir la mangkuk. Hahahahha nak kencing xpe..kang batu karang lagi parah.

Dedulu aku ada terbaca yang kat China guna air kencing untuk rebus telur untuk tujuan kesihatan. Ok muntah ramai2. Tak taw la rasa macamana kan? Malas nak imagine kang hysteria pulak hahhah.

So dis time aku amik kesempatan untuk bertanya kat diri sendiri; apa kah kegunaan lain air kencing ni (ada ke guna?)..walaupun kotor tapi aku excited nak taw. Aku tinggalkan persoalan, dan esok aku akan postkan jawapan.
sengal hahahha

aKu; SeOrang KaKak & SeOrang aNak

Salam kesedihan di hari Khamis.
Entry kali ni mengenai keluhan aku sebagai seorang kakak dan juga seorang anak. Mengeluh memang tak elok, tapi aku betul-betul macam dah putus asa. Syaitan bertepuk tangan. Ya Allah dugaan memang kuat. Sebenarnya aku penat tentang adik lelaki aku. Satu-satunya adik lelaki, lelaki ke empat dalam keluarga. Selepas pemergian abah; dia berubah sekejap. Insaf sementara; menyesali kejahatan dan kenakalan dia suatu ketika dulu. Tapi sekarang dia sudah lupa perasaan insaf tu. Tanggungjawab tergalas atas bahu adik beradik yang lain. Menjaga satu sama lain.
Macam-macam rekod dah dia buat, bergaduh disekolah, jadi samseng kat kampung dan macam -macam lagi. air mata mak banyak mengalir kerana dia. Dulu arwah abah selalu tertekan dengan perangai dia. Bukan adik beradik lain tak ambil tahu. Bukan lepas tangan. Tapi masing-masing jadi serik bila adik langsung tak makan saman.
Mungkin perbezaan usia; mungkin darah muda yang menjauhkan kami dengan adik. Nasihat sekadar lalu di telinga. Bila ditegur tarik muka, marah katanya tak faham jiwa dia. Semua tak sayang dia. Akhirnya adik beradik penat. Penat nak nasihat, nak bertekak, serik, dan masing-masing ada masalah yang lebih utama. Bukan hanya dia.
Aku? aku hilang punca. Aku nak dia berubah. Aku tak nak dia menyesal suatu hari nanti. Tapi kalau aku yang beria nak paksa dia berubah dan dia enggan. Apa patut aku buat? Tolong aku!!!!!!!

Jul 13, 2011

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !

mari join semua..promote by BenAshaari

prob follow men follow ni

Salam. Good Pagi Rabu.
Saya sedikit stress dengan blogspot skang. Saya tidak tahu la  apa masalahnya. Mungkin saya ni baru sangat berbelog ni so ilmu tu tak cukup lagi. Alhamdulillah follower bertambah dari hari ke hari. Tak sangka pun. Terima kasih semua. Antara masalah yang saya hadapi skang ialah:
1.       Chatbox
Ada yang tinggalkan message kat chatbox cakap dah follow then bila click nama link xkeluar blog dia. Error la memacam lagik.

2.       Kotak Follower
Ada yang follow then bila view profile dia, tak de lah plak timbul links dia..so masalah la nak lawat blog follower. Masalah problem betul la. Macam gambar kat bawah la. Stress sungguh. So end up anta email jela..insyaAllah hari ni akan check untuk yang lepas2 la ye. Then, dah ada yang follow tapi xkeluar pon kat dashboard mahupun kotak follower tu. Grrrrr marah ni.


(yang ni ok boleh jejak sbb ada keluar links)

(yang ni xde lak links dia bagi..ngek ke blogspot nih?

So sesape yg dah follow but i xfollow back im so sorry eh..Better leave comment kat latest entry la kot. Lagi bagus. Adakah hanya saya yang mengalami masalah ini?? pening kepala.

Wordless Wednesday - haNyalah di Hati

Jul 11, 2011

Salam Monday Blues..

Salam Monday Blues..

Ok rasa macam betul-betul nak melepek kat lantai nak mengesot je. badan, hati, jiwa, semua penat wok. tak larat. Semalam sampai KL pukul 12.30 malam dari Pahang. Sakit badan aku. sebab lentok dalam kereta terlebih feeling la. Now baru 1.30 petang dan aku tak sabar nak keluar office. Nak balik dan berehat. Otak agak serabut harini.

Last week hidup agak kucar kacir, sepatutnya Khamis kena update entry tapi aku gagal lagi nak tunaikan janji. Kali ni sebab yang menakutkan. Aku khamis amik keputusan kerja setengah hari. Ada gangguan di tempat kerja. Department kat sebelah aku ni je ada orang kena gangguan and ada ustaz bacakan Yasin etc. Untuk keselamatan aku message manager aku mintak permission balik la. Dapat je green light terus balik rumah. Takut aku kan berbadan dua. Lebih baik mencegah dari mengubat.  

Jumaat kerja dari rumah je. Sebab officemate aku bercuti so takda sapa nak temankan aku pergi tandas aku takutla kan. Malam tu baru balik kampung ikut adik aku. kat kampung pun sama. Gangguan tetap ada. Berdoa dan berserah pada tuhan jela.

Arini badan lembik. Harap aku kuat meneruskan kehidupan.

Jul 8, 2011

Jom berblogjogging Bersama Cik POP


Salam;

okes dihari Jumaat yang indah dah penuh nikmat kawan aku yang cute ni cik aIsYah telah men tag aku supaya join segment bloggEr ni. maka jutaan terima kasih la eh tag aku..then aku pon tunaikan tanggungjawab yang diberikan.

simple je pon if nak join..yang buat kebetulan best kan sebab masa aku follow blog ni..aku jadi follower yang ke 321..wah ong punya no la..hiihih

so aku tag la sesape yang patut eh..ermm

1. mama to be :  PuaN FifiE
2. bride To be: Cik Bey
3. Mama WaFiq: iBu Wafiq

Jul 6, 2011

BanDar Pusat Jengka - Sudah tUkarkah?

Salam,
Masih segar dalam ingatan hampir 5 tahun lalu (2003-2006). Aku menghabiskan  masa selama 3 tahun berjuang mendapatkan segenggam diploma di UiTM Jengka Pahang. Banyak kenangan disana. Stay almost 3 years jadikan Jengka as my second home la. Happy sesangat bila ingat shopping barang-barang bila duit PTPTN masuk. Men shoppingkan diri kat pasaraya “Mat Sapak”. Now ganti dengan pasaraya “Bintang” kot. KFC pun dah ada kat sana rasanya.
Harga boleh la tahan sebab itu je satu-satunya pasaraya yang ada. Nak enjoy sket kena turun Kuantan kot. Tapi benda yang aku suka pasal Jengka is Pasar Malam dia la. Meriah beb.  Kat Bandar Pusat Jengka tu. Tempat bas semua berhenti, taxi. So ramai orang la, ramai pun sebab student kot, bila exam or cuti sem sunyi sepi la Bandar tu.
Tadi aku baca KosMo so ada news pasal sempena Hari peneroka nama Bandar tu ditukar namanya. Start esok semua kena panggil Bandar Pusat Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak. Nak taw detail baca la kat bawah ni.
" KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan Bandar Pusat Jengka, Pahang sebagai Bandar Tun Abdul Razak sempena dengan sambutan Hari Peneroka pada Khamis ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan majoriti penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada warga Felda yang telah berusaha dan memajukan kawasan tanah rancangan tersebut.
"Ia juga adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bahawa selain membasmi kemiskinan, Felda juga ingin mewujudkan kawasan-kawasan bandar yang sebelum ini tidak pernah difikirkan setiap orang dan ia merupakan satu manifestasi.
"Selain Bandar Pusat Jengka, kita juga sedia maklum bahawa Felda telah membangunkan beberapa bandar lain antaranya Felda Jaya Trolak, Perak; Felda Jaya Mempaga, Bentong, Pahang; Felda Jaya Raja Alias, Negeri Sembilan dan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
"Ini membuktikan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak menjadikan kawasan pedalaman menjadi bandar melalui Felda, semakin memperlihatkan kemajuannya," kata beliau di lobi Parlimen semalam.
Berhubung dengan sambutan Hari Peneroka yang bertemakan Melestari Kesejahteraan Peneroka, Ahmad berkata, majlis itu dijangka dihadiri seramai 12,000 hingga 15,000 orang peneroka. - Bernama"