Nuffnang BH

Jun 13, 2011

Manisnya BercHintaa..lalallalalal

Wehuuu..salam semua. Tadi berjalan-jalan tengok blog orang. Baca entry bagai. Overall, blog kedua perempuan bujang yang berstatus “couple” aku singgah. Well follow tak la just baca for fun. Kagum ka? Takla Cuma rasa kasihan dengan mereka. Why? Sebab diaorang sangat sayang akan BF mereka. Ok bukan tak boleh sayang tapi ada hadnya. BF, lelaki kalau belanja makan awek biasa kot bagi aku, tapi bagi mereka ni, fiuh satu hadiah yang cukup bermakna. May be baru start bercinta tu yang perasaan menggila tu. Well teringat zaman bercinta dengan suami dulu. Aku di Shah Alam dan suami di KL. Even dekat tapi date tu tetap jarang-jarang. Malu gak bila dating suami je belanja. Hiihi so sesekali nak keluar duit gak belanja makan apa yang patut.
Back to my topic, aku harap pompuan2 yang mencintai lelaki ni separuh mati dapat kebahagiaan sampai akhirat, dapat berkahwin dan terhindar dari melakukan maksiat. Dosa tu memang setiap orang akan buat punya masa bercinta. Terpegang, tersentuh suma la. Harap diaorang dapat kawal nafsu. Aku tulis entry tak ada niat kata aku bagus etc, Cuma aku macam takut sangat diaorang ni terkeluar dari garisan. Keluar landasan. Kan syaitan dah berjanji nak sehidup semati dengan keturunan Adam. Tak akan syaitan itu berpuas hati dengan kejahatan yang dilakukan.
Dan tadi sempat jenguk wall FB my best friend masa kat Jengka dulu. Selamat melangsungkan perkahwinan 5 june yang lepas. Aku tak dapat hadirkan diri sebab Blackie masuk hospital. Major operation. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan suami.
arfah sgt comel


dengan 2 org lagi kawan baik aku..shidah n apah..


 *tadi membaca di Surau..nama Syaitan semasa ianya menjadi Malaikat adalah Harith..Syaitan juga menggoda Hawa semasa mengandungkan anak pertama supaya menamakan anaknya dengan nama Harith dan menyuruh Hawa menyembahnya. Dan Hawa ingkar lalu Syaitan mengugut bahawa anak yang bakal lahir akan tumbuh tanduk di kepala. Dengan izin Allah, selepas anak Hawa dilahirkan, nyawa telah di ambil oleh Allah S.W.T.
*begitu juga perihal semasa Hawa mengandung anak seterusnya, syaitan terus-terusan menggoda dan mengugut Hawa, dan Hawa tertewas kerana takut kehilangan kandungannya, lantas turunlah Firman Allah S.W.T menyatakan syaitan itu tidak putus asa menyesatkan manusia.
wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.