Nuffnang BH

Jun 30, 2011

Tak tahu bertanya soklan # 2: Sedekah kpD Non Muslim

Salam;
Rasa sesak nafas nak memanjat tangga LRT Wangsamaju ni, padahal rumah aku sewa lagi tinggi kalau nak kira. Lima tingkat ok. soalan untuk hari Khamis bukanlah berkenaan tangga atau rumah tapi pasal orang yang nak dikatakan hari-hari aku nampak kat tangga tu. Ada sorang mak cik cacat penglihatan menjual tisu kat situ. Dia Muslim. Selalu duduk kat tangga tu, dari pagi aku pergi kerja sampai la petang aku balik dia masih disitu. Sama jugak kat laluan jejantas tu mesti ada lelaki Cina mintak sedekah. Tapi dia tak cacat kot, nampak normal je.
As human, sifat belas kasihan mesti ada. So selalu la nampak orang sedekahkan duit kat mereka-mereka ini. Aku ada juga hulur kadang-kadang. Sampai la satu hari aku ternampak ada seorang lelaki ni sedekahkan kat lelaki Cina tu. So aku terfikir apa hukumnya sedekahkan kat lelaki tu? Kepada non Muslim? Sedangkan mak cik tu Muslim, baik sedekah kat dia.
So persoalan harini ialah; status sedekah kita (Muslim) kepada Non Muslim? Nak taw jawapannya tunggu esok la..aku search answer dulu..sekadar berkongsi pengetahuan yang sedikit. insyaAllah.