Nuffnang BH

Jun 7, 2011

Saya hanya mampu berdoa

Salam 1 Dunia. Berdoa itu ertinya meminta. Ada juga yang kata, kata-kata itu juga satu doa. Saya harap Allah mendengar doa saya. Ya saya akui kadang-kadang saya malas berdoa, selalu tak sempat dan terlupa berdoa. Saya jadi sibuk dengan dunia sendiri dan sering lupa yang saya ini perlu berdoa. Perlu meminta kerana saya ni hanyalah insan yang lemah. Yang tak punya apa-apa.

1. Saya berdoa agar kehidupan saya didunia dan diakhirat dipermudahkan.
2. Saya memohon agar kandungan saya sentiasa sihat dan selamat melihat dunia.
3. Saya berdoa agar zuriat yang keluar dari rahim saya ini, menjadi anak yang soleh-solehah dan taat dengan ajaran agama.
4. Saya berdoa roh abah saya ditempatkan di kalangan orang beriman.
5. Saya berdoa agar kubur abah saya dilapangkan dan bercahaya.
6. Saya berdoa agar mak saya sihat dan sempat menunaikan umrah dan haji.
7. Saya memohon agar perkahwinan saya kekal berpanjangan dan saya dapat bersama suami hingga ke syurga.
8. Saya berdoa agar dipanjangkan umur suami, dimurahkan rezeki, dan sentiasa bersama saya disaat susah mahupun senang.
9. Saya memohon agar menjadi kuat, tabah, dan sentiasa mengingati Allah apabila dilanda ujian.
10. Saya berdoa agar kehidupan adik beradik saya mendapat berkat, dilindungi dari gangguan Iblis dan syaitan, dan berjaya di dunia dan akhirat.
11. Saya berdoa agar seluruh keturunan dan kaum kerabat berada di landasan yang benar dan saling mengingati.
12. Saya berdoa nasib umat Islam di bela.

Banyak betul saya meminta. Saya sentiasa berharap, hanya pada yang Esa.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.