Nuffnang BH

Jun 2, 2011

kenapa Pig Toink-tOink itu Haram..



Kenapa Pig itu Haram

Saya terjumpa satu artikel di dalam satu forum berkenaan satu perbualan
di mana seorang bukan-Islam bernama Bob bertanyakan seorang imam British
tentang babi dan hukum haram.

Bob: Tolong beritahu saya kenapa seorang Muslim begitu prihatin tentang
perkataan-perkataan Halal dan Haram. Apa maksud Halal dan Haram itu?

IB: Sesuatu yang dibenarkan digelar Halal dan sesuatu yang tidak
dibenarkan digelar Haram dan Al-Quran menentukan perbezaan antara dua.

Bob: Boleh berikan saya contoh?

IB: Ya. Islam mengharamkan memakan apa jenis darah sekalipun. Awak tentu
akan bersetuju dengan saya bahawa analisa kimia ke atas darah
menunjukkan ia mengandungi kandungan asid urik yang tinggi. Asid urik
adalah satu bahan kimia yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Bob: Anda betul berkenaan sifat toksik asid urik. Di dalam badan
manusia, asid urik dibuang melalui bahan kumuh dan 98% daripada asid
urik di dalam badan diekstrak daripada darah melalui buah pinggang yang
dikeluarkan melalui kencing.

IB: Jadi saya rasa awak faham mengapa Islam mempunyai cara tersendiri di
dalam penyembelihan binatang.

Bob: Maksud awak?

IB: Di dalam Islam, seorang penyembelih, dengan nama Yang Maha Esa,
membuat pemotongan di urat leher dengan tidak mengusik urat-urat dan
organ-organ lain.

Bob: Saya faham. Ini akan membolehkan binatang ini mati akibat daripada
kehilangan darah yang total dan bukannya akibat daripada kecederaan
kepada mana-mana organ utama.

IB: Betul. Sekiranya organ-organ utama, contohnya jantung, hati atau
otak, cedera ataupun rosak, binatang itu masih juga boleh mati dengan
serta merta, tetapi darahnya akan terkumpul di dalam urat-urat yang akan
kemudiannya menyerap kedalam daging. Ini bermakna daging binatang
tersebut akan mengandungi urik asid yang beracun. Baru kini pakar-pakar
pemakanan kita sedar berkenaan ini.

Bob: Berbalik kepada topik makanan, mengapakah Islam mengharamkan
memakan babi atau apa-apa makanan yang berkaitan dengan babi?


IB: Sebenarnya, bukan Islam sahaja yang mengharamkan memakan babi.
Malahan kitab Injil di dalam surah Leviticus Bab 11: Ayat 8, mengatakan
"dagingnya khinzir jangan kamu makan, bangkainya jangan kamu sentuh;
mereka adalah tidak suci bagi anda." Juga, tahukah anda bahawa seekor
babi tidak boleh disembelih kerana ia tidak mempunyai leher? Ini adalah
sifat semulajadi anatominya. Dari pandangan Islam, jika seekor babi itu
boleh disembelih untuk dimakan manusia, sudah tentulah Tuhan akan
memberikan leher kepadanya. Saya juga percaya awak tahu berkenaan
kesan-kesan buruk memakan apa jenis daing babi.

Bob: Sains perubatan mendapati bahawa terdapat risiko penyakit-penyakit
yang dibawa oleh babi sebagai tuanrumah semulajadi parasit-parasit dan
penyakit.

IB:
Ya, dan selain daripada itu, berbalik kepada perbincangan kandungan
asid urik di dalam darah tadi, perlu diambil perhatian bahawa biokimia
seekor babi membuang hanya 2% daripada kandungan asid uriknya manakala
baki 98% di simpan di dalam badan babi itu. Babi juga memakan najisnya
sendiri dan ini bermaksud bahawa segala asid urik dan bahan buangan lain
akan masuk semula kedalam badannya.

Sekian.