Nuffnang BH

Jun 2, 2011

kau pergi jua..

Salam ok kali ni entry tentang baby. Ada kisah sedih aku nak share. Ni tentang housemate aku yang aku kenla lebih kurang 2 tahun duk serumah masa bujang masa start keje kat KL. Dia berkahwin awal stengah tahun dari aku rasanya. Duduk pun berjauhan dengan suami masa tuh. dia kerja di KL manakala suami kerja di Langkawi. Sayang nak berpindah akhirnya housemate aku ni bagi tempoh 2 tahun duudk berjauhan. If dalam tempoh 2 tahun masing-masing tak dapat tukar tempat kerja housemate aku akan mengalah la. Maksudnya berpindah ikut suami. aku panggil housemate aku kak Roses. Kak Roses baik. Seronok and aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. 

Sambung semula cerita kak Roses. Setelah tempoh 2 tahun habis maka dia dengan rela hati berpindah  ke Langkawi tempat suami dia bekerja. Masa tu aku sempat berkongsi kegembiraan dengan dia aku mengandung sebulan lebih. Dia yang suggest kat aku untuk beli pregnancy test kat Guardian. Dia teman sebab aku malu + nervous. Alhamdulillah dia orang pertama aku bagitaw resultnya. Aku positif mengandung. Alhamdulilah. Tak lama selepas tu kami berpisah. Kak Rose di Langkawi dan aku meneruskan kehidupan dan stay dengan suami aku.

Tak lama dia berpindah dia merungut yang period dia terlewat 3 hari. Maklumlah excited nak mengandung jugak aku rasa. Tak lama tu dia cepat-cepat beli pregnancy test dan buat pengesahan kat private clinic. Siap scan bagai. Ok bagi aku normal. Sebab masa aku mengandung pun scan camtuh. Tapi kandungan kak Roses kecik sangat masa tuh, baru nak masuk sbulan kot.
Aku turut gembira yang dia jugak mengandung. Alhamdulillah, atleast aku ada kawan nak berkongsi cerita dan tip. Hampir setiap hari aku tetap menghubungi dia melalui YM. Hubungan kami baik. Sampai la semalam, aku terlalu sibuk dengan kerja, aku terlupa online. Dan kak Rose betul- betul perlukan aku masa tuh.

Pagi tadi aku dapat offline message dari kak ros. Pendek dan tersangkut-sangkut penggunaan bahasanya:
“Baby dah tak ada”..”akak operate petang ni”..kau cuti ker?”
Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tersentak. Cepat-cepat aku bukak Fb dan tangok wall status dia. Kecewa. Sedih. Tergamam. Semuanya milik Allah. Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali. Walaupun kak Roses nampak kuat tapi aku taw dia menangis semahunya. Dia tak sempat bagitaw mak ayah dia, risau katanya. Now keadaan dia selepas operate tadi (aku xtaw nama khas utk cuci perut tu) dia semakin ok. Oleh sebab kelalaian klinik kerajaan lambat aturkan temujanji dengan pakar (sebelum kejadian dia refer klinik kerajaan sebab bila kali kedua scan baby tak nampak) dia dijangkiti virus. Pusat dia bernanah. Skang dibawah pemerhatian lagi. nasib dia dan suami refer to private clinic, if tak sampai skang baby dia dalam perut. Nak tunggu klinik kerajaan nampaknya lambat sangat.

Pada awal kehamilan dia disahkan ada Diabetes. Kesian sungguh dia ulang alik ke klinik cucuk dan amik darah setiap 4 jam. Lama jugak dia macam tuh. pernah dulu dia kata bila aku tanya tak sakit ke selalu cm ni, dia just jawab “demi baby akak sanggup”. Bila aku kenangkan semua perbualan aku dengan dia air mata memmang nak tumpah. Sedih.