Nuffnang BH

Jun 20, 2011

Kartunis Qayyum dan Pak Uda Meninggal Dunia

Tadi baca Metro Online, agak terperanjat bila dapat taw 2 orang yang berbakat kat Malaysia ni telah menghembuskan nafas terakhir..Al Fatihah..salam takziah.

Kartunis Qayyum meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Editor dan penulis majalah kartun lawak antarabangsa, Ujang iaitu Rasdan Abdul Rahim, 41 atau lebih dikenali sebagai Qayyum meninggal dunia akibat serangan jantung, di rumahnya, di Fair Ville, USJ 22, dekat sini, malam kelmarin.
Isterinya, Suhaila Samsudin, 32, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian dia bersama suami dan anaknya ke ibu kota petang kelmarin atas urusan keluarga sebelum mereka pulang ke rumah kira-kira jam 9 malam.
untuk berita lanjut Kelik Sini.

Pak Uda meninggal
TAPAH: Jenazah pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali Pak Uda selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, di sini, petang semalam.
Arwah yang terkenal sebagai watak Pak Uda dalam siri sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah tiba di kediaman abangnya, Nizar Ismail, 60-an, di Kampung Batu 5, di sini kira-kira jam 3 petang semalam selepas bertolak dari IJN kira-kira jam 12 tengah hari.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil, Tapah Road kira-kira jam 4.45 petang.

kelik sini untuk cerita penuh.

*credit utk myMetro

" Dari Dia kita datang dan kepada Dialah jua kita kembali "