Nuffnang BH

Jun 28, 2011

beberapa perkara yang annoying bagi aku

Salam:
Beberapa perkara yang buat aku jelik bila pergi ke surau atau masjid kat mana-mana jela kan serata Malaysia ni antaranya ialah berkaitan attitude pengunjung rumah Allah ni. As a Muslim, rumah Allah ni tempat ibadah, tempat yang suci dan perlulah dihormati. Tapi bila segelintir makhluk yang cuba merosakkan keharmonian memang aku anti sesangat. Ok ini kisah benar sebab aku selalu alami bila aku ingin menunaikan solat.
Bila nak mengerjakan solat, nak menghadap Ilahi mesti datang dalam keadaan yang bersih lagi suci murni. Pakaian dan juga hati. Baru kekusyukkan itu timbul dan moga-moga solat diterima Allah. Begitulah harapan aku setiap kali nak solat. Tapi oleh disebabkan segelintir hati yang tadi bersih lagi suci murni walaupun takda lah bersih sangat mula tercemar kembali. Mana taknya bila aku selalu sangat je mengalami perkara dibawah berulang kali. Apakah?

1.       Sebelum solat haruslah mengambil Wudu’.
-          Okes ikut tertib, baca kumur-kumur, baca niat try sekusyuk yang mungkin dan niat didalam hati supaya dapat keberkatan dari wudu’ tu. Semoga muka terpancar sinar keimanan. Chewah..tup-tup orang kat sebelah mengambil wudu’ sebijik cam nak mandi kat sebelah aku. yelah dah macam hape air tu habis terpercik kat aku. paling tak tahan bila kumur-kumur mulut pastu air lebihan kena kat anggota badanku. Warghhh macam nak nangis ok. dalam hati kutuk bagai nak rak. Cuba bersabar tapi gagal, lalu aku sebagai insan biasa ini mulalah mencaci. Kurang pahala disitu. Sebab syaitan berjaya hasut hati supaya marah-marah. Dugaan betul.
2.       Sebelum, semasa dan selepas.
-          Yang ni memang agak menangis la. Aku selalu terserempak dengan group minah-minah yang suka menunaikan solat bersama-sama, tapi bukan berjemaah ok. yela pergi reramai tak bosan agaknya ada orang meneman kan? So start je melangkah masuk berborak , amik telekung berborak, letak telekung and cabut tudung berborak, amik wudu’ berborak, sarung telekung berborak  jugak. Berdiam seketika, habis je berdoa terus berborak lagi dan diiringi hilai tawa yang kuat. Dahla tak pedulikan orang sekeliling. Eh macam nak tampar laju-laju je suruh senyap. Kenapa la susah sangat nak hormat orang lain. Even aku dah jeling-jeling group minah ni, tapi diaorang boleh wat derk je. Setupid betul. Sambil aku teruskan juga urusan aku, solat dalam keadaan tak puas hati. Rugi lagi aku kat situ. Adehla.
3.       Bunyik handphone yang bingit
-          Yang ni jarang la mengganggu aku. kalau biasa jadik pon bila time shopping kat mall la. Terlupa nak silent la kan? Alasan. Tapi memang tak manis la tengah sunyi sepi orang kusyuk solat tetibe lagu wondergirl berbunyi, tak pun lagu wonder pet.hurm terus hanyut la solat. Tapi yang betul-betul mengganggu bila berbalas SMS la. Setiap kali reply/received message kan ada bunyi so aku siap boleh berdialog dalam hati marahkan orang yang tak reti nak silentkan handpon. Kesian lagik.
4.       Budak-budak yang kurang comel.
-          Aku bukanlah anti bebudak, lagi suka adalah. Tapi secara otomatik aku jadi tak suka bila budak-budak tu buat muka, berlari-lari, menjerit-jerit bila dalam rumah Allah. Taw bebudak, tapi mak dia kan ada napelah tak ditegur anak tu. Suh senyap ke, bagi mainan ke suh senyap. Takda la sangat mengganggu jemaah lain. Susah-susah sangat ikut turn la bila bersolat. Suami solat bini jaga dulu dan sebaliknya.
Tu jela aku membebel untuk entry kali ni. Dah lama pendam Cuma arini tak tahan sangat terus meletus. Sambil wat entry terbayang group minah yang suka buat onar kat surau tempat aku bekerja skang ni. Owh rasa nak penyek-penyekkan mereka.